`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Friday, November 27, 2026

Polis buru 3 lelaki samun kedai emas di Kajang

 Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata suspek bersenjatakan parang dan tukul besi samun premis yang terletak dalam sebuah pasar raya.

Tangkap layar rakaman CCTV tular menunjukkan suspek bertopi keledar melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai emas di dalam pasar raya di Bandar Teknologi Kajang, petang tadi.
PETALING JAYA:
Polis memburu tiga suspek bersenjatakan parang dan tukul besi yang menyamun sebuah kedai emas di dalam pasar raya di Bandar Teknologi Kajang, petang tadi.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.23 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek bertindak melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal selepas melakukan samun berkenaan.

“Jumlah kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata berbahaya, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Nabil Aizat, di talian 013-623 2713 atau mana-mana balai polis berhampiran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.