
Anwar Ibrahim memang amat keberatan untuk melepaskan Loke Siew Fook pergi. Rightly so kerana Loke seorang menteri yang bagus. An asset to his administration. Loke memang bagus untuk negara. That is putting it plainly. Maka kita faham mengapa Anwar tidak mahu Loke letak jawatan. Ini pernah saya tulis dahulu. Apabila Loke Siew Fook memutuskan.
Maaf jika ada persamaan antara artikel itu dan artikel ini. Tetapi terpanggil tulis sekali lagi kerana isu ini sudah berpanjangan. Adakah menafikan Loke menunaikan hasratnya the right thing to do? Adakah ini adil untuk Loke?
Right from the beginning Anwar tidak terima peletakan jawatan Loke. Imbau urutan peristiwa secara ringkas. Loke menghantar surat letak jawatan lewat September susulan isu tahanan rumah Najib Razak. Tak perlu saya ulang bagaimana tahanan rumah diperoleh bekas perdana menteri yang mahkamah dapati bersalah dalam kes SRC International.
Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta 10 Nov lalu – hari Najib memulakan tahanan di rumahnya di kawasan elit Langgak Duta. Tindakan Loke dipersetujui sebagai pendirian partinya DAP.
Namun, tindakan itu tidak disambut perdana menteri .Boleh dikata he been dagging his feet over the matter. Dengan sengaja. Untuk pendekkan cerita yang panjang pada 25 Nov media bertanya lagi mengenai kedudukan Loke.
“(Saya ada) jumpa (Loke), dia bagi alasan yang kita tahu dan saya beritahu…cuti dahulu,” kata Anwar dilaporkan Berita Harian.
Beliau juga memaklumkan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Loke sebelum membuat keputusan muktamad berhubung kedudukan sebagai menteri pengangkutan.
Tidak dapat dipastikan sama ada Anwar sudah mengadakan perbincangan dengan Loke Yang pasti semalam media melaporkan beliau meminta Loke menyambung tugas secepat mungkin kerana Kementerian Pengangkutan memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat melalui pelbagai prasarana. Jadi, apa keputusan muktamadnya?
Kata Anwar, beliau menghormati dan memahami alasan peletakan dikemukakan Loke. Jika begitu bukankah langkah wajar ialah melepaskan Loke? Obviously bukan begitu pada pandangan Anwar.
Kerana kata Anwar tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat dan negara perlu diutamakan. “Prestasi beliau baik, membanggakan. Jadi, sebab itulah saya selaku perdana menteri sukar menerima cadangan beliau utuk meletakkan jawatan.” Anwar akhirnya mengakui apa yang ramai sudah tahu.
Saya kira rakyat (at least majoriti) boleh terima Loke kekal dalam kerajaan. Saya sendiri tidak suka beliau letak jawatan. Ada beberapa kawan bertanya mengapa Loke harus ‘bersusah-payah manakala Najib senang-lenang?’.
Bagi saya, janji Loke untuk letak jawatan jika Najib diberi tahanan rumah adalah satu kesilapan in the first place. Tidak perlu berbuat demikian to prove his point. Rakyat terutama penyokong DAP tidak akan menyalahkan Loke akibat Najib ditahan di rumah.
But what is done cannot be undone. Maka, tinggallah Loke dengan hasratnya dan bosnya sukar menunaikan hasrat itu. Tetapi resam manusia berpegang kepada janji. Janji mesti ditepati. Apa lagi oleh orang politik.
Diakui untuk terima atau tidak terima peletakan jawatan memang prerogatif perdana menteri. Jika perdana menteri yakin orang yang mahu letak jawatan masih mampu bertugas dengan baik maka beliau berhak to turn down the resignation.
Diulangi, mengekalkan Loke memang ada logiknya. Tetapi politically ia membuka ruang untuk diserang musuh politik. Apa yang dilakukan Anwar sekadar memberi peluru kepada pembangkang untuk menembak beliau, Loke dan kerajaan.
Anwar akan dituduh melindungi anak emas. Loke dituduh cakap tak setupa bikin. Lebih buruk Anwar dan Loke boleh dituduh bersandiwara – sudah pakat awal-awal supaya peletakan jawatan tidak diterima.
Oleh kerana Loke setiausaha agung DAP, politikus Melayu daripada Umno, PAS, Wawasan akan go to town with the issue. Malah, awal-awal lagi mereka sudah mencanangkan Loke tidak akan letak jawatan. Mungkin Anwar sekali lagi akan dituduh ‘takut’ DAP.
Pada hemat saya, Loke sendiri akan sukar bertemu rakyat terutama penyokong parti. Is this fair? I say the man deserves better. But so too Anwar dan kerajaannya.
Namun, hakikatnya untuk pembangkang ini is like god sent. Akan mereka perah secukupnya. Menghebah dan mengheboh di setiap pelosok negara tercinta ini. Tidak boleh juga menyalahkan mereka. Politikus mesti eksploitasi isu yang terhidang di depan mata.
Memang bagi Anwar ini situasi serba salah, tetapi beliau terpaksa do the right thing. Persoalannya will he find the right thing? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.