`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, November 16, 2018

BRO, KALAU SAMUN PUN DAH JUTA-JUTA

Bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil mempertikai keputusan mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM1 juta terhadap Rosmah Mansor yang dituduh menerima rasuah berkaitan projek solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak.
Turut didakwa bersama Rosmah hari ini ialah bekas pegawai khasnya, Rizal Mansor yang juga dikenakan ikat jamin sebanyak RM1 juta oleh mahkamah.
Isham mempertikai jumlah itu kerana katanya, dalam pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan kepada Najib dan Rosmah sebelum ini, pasangan itu sudah pun membayar sebanyak RM12.6 juta ikat jamin kepada mahkamah.
Hello bro…kalau dah samun pun juta-juta, mestilah ikat jamin kena berjuta juga jumlahnya!!
Takkan nak kena ikat jamin sebanyak RM5,000 saja macam orang curi makanan di pasaraya misalnya. Lagilah tak logik nanti.
Lagi satu bro…janganlah tunjuk sangat “tak cerdik”  tu depan orangramai dengan mempertikai benda-benda simple macam ni!
-http://shahbudindotcom.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.