`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 6, 2019

Sultan Kelantan letak jawatan sebagai Agong

Sultan Muhammad V ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April 2017. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Istana Negara mengumumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, berkuat kuasa hari ini.
Peletakan jawatan itu pertama kali berlaku dalam sejarah negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata peletakan jawatan itu selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memaklumkan sebab Sultan Muhammad V melepaskan jawatan berkenaan.
“Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada setiausaha Majlis Raja-raja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda telah berusaha memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku ketua negara, berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.”
Katanya, baginda bersedia pulang ke Kelantan untuk bersama kerajaan negeri dan rakyatnya terus membangunkan negeri itu.
Beliau berkata, Sultan Muhammad V mengucapkan terima kasih kepada raja-raja yang memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, selain perdana menteri dan kerajaan yang memberi kerjasama dalam mentadbir negara.
“Kepada rakyat Malaysia, baginda bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara berdaulat ini supaya Malaysia terus dalam keadaan aman dan harmoni.”
Baru-baru ini, Sultan Muhammad V yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April 2017, dilaporkan mengambil cuti selama 2 bulan.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, menjalankan tugas sebagai Agong sepanjang ketiadaan Sultan Muhammad V, sebelum menamatkan tugas itu pada 31 Disember lalu.
Pemilihan Agong dilakukan secara bergilir setiap 5 tahun.
Sultan Muhammad V menggantikan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember 2016. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.