`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 12, 2019

100 rumah perlu 100 permit, pembangkang soal SPR

Ketua Pembangkang Ismail Sabri, Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid dan Naib Presiden PAS Idris Ahmad
KUALA LUMPUR: Pembangkang membidas keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensyaratkan kempen rumah ke rumah perlu mendapat permit polis, tertanya kenapa perkara ini timbul semasa kempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.
“Apa yang dilakukan SPR mestilah berdasarkan undang-undang dan akta,” kata Ketua Pembangkang Ismail Sabri kepada pemberita di Parlimen hari ini.
“Sekarang ini tambah lagi peraturan baru. Saya pun tidak faham dengan SPR ini. Dari segi mana?” tambahnya, dan mengingatkan SPR bahawa ia sepatutnya sebuah badan berkecuali.
Sementara itu, Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid berkata gesaan SPR “tidak masuk akal” dan “tidak adil” kepada semua parti bertanding, memandangkan kempen rumah ke rumah sudah menjadi amalan di musim pilihan raya.
“Terlampau ketat…janganlah itu pun dijadikan peraturan…itu pun hendak minta kebenaran,” katanya.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad pula percaya ia boleh menyukarkan parti dan calon bertanding bertemu pengundi secara langung.
“Jika calon mahu pergi ke 100 buah rumah, perlu dapatkan 100 permit?” katanya, dan menambah pembangkang terutamanya sukar menyampaikan maklumat menerusi media arus perdana.
SPR hari ini memaklumkan semua parti dan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai supaya mendapatkan permit polis bagi kempen rumah ke rumah kerana ia juga suatu bentuk berkempen.
Masih berbaki tiga hari kempen PRK Tanjung Piai. Parlimen itu mempunyai 52,986 pengundi yang terdiri daripada 52,698 pengundi biasa, 280 pengundi awal dan lapan pengundi tidak hadir luar negara.
Sementara itu, Ismail berkata pembangkang akan melihat kemungkinan mencabar tindakan SPR itu.
“Walaupun tidak sekarang tapi kita melihat dari segi kemungkinan mencabar tindakan SPR tersebut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.