`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 30, 2019

Pejuang UEC Rakus, Nak Untung Tanpa Ubah Dasar: Kok Seong

(Ismaweb) – Tiada gunanya kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) jika dasarnya tidak selari dan mengikut sistem pendidikan negara, kata Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, pejuang UEC akan terus mendesak sijil peperiksaan berkenaan diiktiraf tanpa sebarang syarat, bahkan mahu dikekalkan seperti sedia ada.
Beliau berkata, pengiktirafan terhadap UEC akan memberi isyarat tidak baik kepada sistem pendidikan negara kerana menerima dasar pendidikan luar yang bertentangan dengan kurikulum kebangsaan disebabkan daripada tekanan politik.
“Kita tidak mahu politik dicampur-adukkan dengan bidang semulia pendidikan. Jadi kita harap sangat UEC tidak diiktiraf kerana berada di luar sistem kita. Mereka pernah diberi kesempatan untuk masuk dalam sistem kita tetapi enggan.
“Jadi, apabila mereka mahu terus berada di luar sistem pendidikan negara, maka tak perlulah mohon atau desak dengan gunakan tekanan politik, janji manifesto supaya ia diiktiraf. Apabila diiktiraf pastinya ia tidak baik untuk sistem pendidikan negara,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Prof Kok Seong berkata, rata-rata kaum Cina sama ada daripada MCA, DAP atau Gerakan sememangnya akan sehati sejiwa dalam perjuangan mengiktiraf sijil berkenaan.
“Semua kaum Cina memang mahu UEC diiktiraf, dan sebolehnya mereka mahukan ia diiktiraf tanpa syarat sehingga ada yang membuat permintaan melampau.
“Mahu UEC diiktiraf tanpa perlu diubah dasarnya, tetapi diberi kuota ke IPTA dan bekerja di sektor awam. Mereka ini hanya mahukan keuntungan sepanjang jalan. Betapa rakusnya permintaan pejuang-pejuang UEC ini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan berkenaan terletak kepada Kabinet sama ada untuk UEC diiktiraf atau kekal menolaknya seperti yang diharapkan banyak pihak.
“Saya kira semua orang berpandangan bahawa keputusannya 50-50. Mungkin ia diiktiraf atau mungkin tidak. Kabinet sekarang terdiri daripada barisan yang bercampur-campur.
“Jadi ada pihak yang menjangkakan Kabinet akan mengiktiraf, tetapi kita berharap supaya ianya ditolak,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilaporkan berkata, laporan lengkap Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) berhubung pengiktirafan sijil itu dijangka diserah kepada kementeriannya, selewat-lewatnya hujung tahun ini sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk keputusan akhir.
“Laporan akan disusun bersama lampiran termasuk transkrip setiap temubual yang telah dilakukan. Setakat ini, pasukan itu telah berjaya menyiapkan 38 sesi transkrip daripada 48 sesi rakaman yang ada,” kata Maszlee.

2 comments:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

    ReplyDelete
  2. Cinapeks Pejuang UEC mana reti bahasa.Yg mereka tahu menuntut bukan2 walaupun tidak mengikut dasar2 kerajaan Malaysia." RAKUS" tu memang tepat .

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.