`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 16, 2019

3 pengundi tak dapat undi lapor polis dakwa kad pengenalan disalah guna

Ketua Pemuda MCA Johor, Ling Tian Soon (dari kiri) menunjukkan laporan polis dibuat You Teong King, Habibah Abdul Gafor dan Rihannah Soha dengan jari mereka bertiga belum dicelup dakwat.
PONTIAN: Tiga pengundi di Kukup membuat laporan polis atas dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan mereka mengundi kerana kad pengenalan mereka digunakan pihak tidak diketahui.
Rihannah Soha, 62, You Teong King, 72, dan Habibah Abdul Gafor, 72, yang merupakan pengundi di Pusat Daerah Mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Boh di Kukup, membuat laporan di Balai Polis Permas pada 12 tengah hari tadi sambil ditemani Ketua Pemuda MCA Johor, Ling Tian Soon.
Rihannah terkejut apabila kakitangan SPR memberitahu beliau sudah mengundi sedangkan jarinya tidak mempunyai tanda dakwat.
“Kami datang untuk mengundi, bila hantar kad pengenalan, tengok kad pengenalan kami sudah bergaris.
“Kami hendak hak kami sebagai pengundi. Tangan kami belum ada tanda kami mengundi, maknanya ada tanda pengundi hantu,” katanya dalam satu klip video yang diterima media dalam aplikasi WhatsApp kumpulan MCA Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai hari ini.
Terdahulu, Ling dalam klip video itu menuntut penjelasan daripada SPR berhubung insiden berkenaan.
“Pakcik ini penduduk Kampung Air Masin, tiada dakwat undi, dia dimaklum SPR nombor kad pengenalannya diambil undi oleh orang tidak dikenali.
“Ini PRK kesembilan, mengapa masih berlaku perkara ini? Adakah PH pula hantar pengundi hantu ganti pengundi kita?

“Mahu penjelasan SPR, jangan berat sebelah, apa dilakukan perlu diambil tindakan tegas,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.