`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 12, 2019

Calon BN Tg Piai sewa pejabat RM14,000 di KL ketika jadi ketua pelabuhan Labuan

Wee Jeck Seng dipersoal berhubung pembayaran sewa lebih RM500,000 oleh LPA untuk pejabat di Bangunan Menara UOA KL.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP hari ini mempersoalkan calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Tanjung Piai, Wee Jeck Seng berhubung pembayaran sewa lebih RM500,000 oleh Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) untuk sebuah pejabat di Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Wee merupakan pengerusi LPA sejak Mac 2017 sebelum meletakkan jawatan berikutan kekalahan BN pada PRU14.
Ketua DAP Cawangan Victoria Utara, Labuan, Wong Kwan Kit berkata penyata kewangan LPA seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018 menunjukkan lembaga itu membuat bayaran sewa bagi ruang pejabat berkeluasan 3,069 kaki di Menara UOA, Bangsar sebanyak RM14,634.36 sebulan selama tiga tahun, tanpa sebarang tanda aktiviti termasuk ketiadaan peralatan pejabat dan perabot.
“Ketua audit negara melaporkan tindakan sedemikian tidak dapat diterima kerana terdapat pembaziran dana awam berjumlah RM526,836.96 yang lebih daripada setengah juta ringgit.
“Kenapa ada keperluan untuk menyewa ruang pejabat yang mahal dan besar di Kuala Lumpur yang jaraknya 1,500km dari Labuan?” soal Wong.
Beliau berkata terdapat ruang sedia ada untuk LPA di bangunan Jabatan Laut di Labuan.
Beliau turut mempersoalkan mengapa begitu banyak dana awam digunakan untuk menyewa ruang pejabat yang “tidak digunakan”, sambil menambah LPA masih terikat dengan perjanjian sewa yang ditandatangani semasa Wee menjadi pengerusi.
Sebelum ini, Wee menafikan tuduhan rasuah yang mengaitkan dirinya dengan sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan Malaysia-Singapura.
Laporan Ketua Audit Negara 2017 (Siri Kedua) tahun lalu menunjukkan sistem VEP gagal mengesan sebanyak 0.07% nombor plat kenderaan sekali gus menyebabkan kerugian sebanyak RM17,100. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.