`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 27, 2019

Dewan Rakyat agak sejuk, bukan senang nak duduk lama, kata Hanipa

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata bukan mudah untuk ahli Parlimen duduk lama dalam Dewan Rakyat kerana suhu di dalamnya agak sejuk.
Beliau menambah masalah korum mesyuarat berlaku di seluruh dunia, bukan di Malaysia sahaja.
“Selalunya jumlah kita cukup tapi kadangkala…bila anda menjadi Ahli Parlimen, anda akan faham.
“Bukan mudah untuk kami duduk lama-lama sebab kadang-kadang sejuk duduk di dalam Dewan Rakyat. Saya rasa ini perkara normal,” katanya ketika ditemui di Parlimen.
Semalam, beberapa ahli Parlimen pembangkang menggesa undi belah bahagi ke atas belanjawan kementerian itu, yang akan membolehkan mereka menolaknya kerana jumlah mereka lebih ramai.
Bagaimanapun, beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan masuk ke dewan selepas speaker membunyikan loceng untuk undi belah bahagi, yang menyaksikan 32 ahli Parlimen menyokong berbanding 28 yang menolak.
Hanipa berpandangan di negara lain juga tidak harapkan ahli Parlimen akan berada di dewan setiap masa, dan keadaan itu pun berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional.
“Itu sebab kita ada loceng yang digunakan speaker untuk panggil wakil rakyat. Pada saya, ia hanyalah isu kecil,” katanya, dan menambah kerajaan akan mengambil teguran untuk penambahbaikan.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata pembangkang sebenarnya tidak tahu wakil-wakil rakyat PH berada di kafe atau pejabat di Parlimen.
“Kerana kadang kala kita dapat lihat banyak di pembangkang ini tak berdebat dengan hemah…hanya jeritan, buat kebisingan, kadang kala kita tak dapat duduk di dalam.”
“Jadi banyak ahli Parlimen keluar ke kafe untuk minum kopi. Masa itu 9.30 malam,” katanya, dan berharap rakyat mengambil kira isu itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.