`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 10, 2019

Exco: Terengganu masih rangka garis panduan patuh syariah atlet

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya belum memutuskan sama ada akan menghantar gimnas wanita ke Sukma 2020 di Johor kerana pendaftaran atlet untuk kejohanan tersebut belum dibuka. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU: Garis panduan patuh syariah untuk etika pemakaian atlet negeri, termasuk atlet gimnastik wanita masih dalam proses perangkaan dan belum lagi dilaksanakan buat masa ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya sedang merangka garis panduan yang bukan sahaja meliputi aspek pemakaian, tetapi aspek syariah yang lain.
“Garis panduan patuh syariah masih dalam proses pemurnian untuk kita perhalusi dan ia akan meliputi semua aspek, bukan hanya etika pemakaian.
“Kalau pun garis panduan ini akan diguna pakai suatu hari nanti, atlet beragama lain tidak akan dipaksa untuk mengikuti garis panduan yang disediakan untuk atlet Muslim nanti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
eliau menjelaskan demikian terhadap persoalan yang ditimbulkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai pendirian kerajaan negeri berhubung pemakaian atlet gimnastik wanita.
Channel News Asia (CNA) semalam melaporkan Syed Saddiq bekata, garis panduan itu boleh menjejaskan impian atlet gimnastik wanita yang berbakat dari Terengganu untuk mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma).
Wan Sukairi berkata pihaknya belum memutuskan sama ada akan menghantar gimnas wanita ke Sukma 2020 di Johor kerana pendaftaran atlet untuk kejohanan tersebut belum dibuka.
“Atlet berbangsa dan agama lain tidak dihalang untuk menyertai sukan itu (gimnastik) asalkan melepasi kelayakan dan berpotensi meraih sebarang pingat.
“Cuma di Terengganu agak sukar untuk mendapatkan atlet berbangsa Cina atau lain-lain yang berpotensi dalam sukan gimnastik, renang atau wushu kerana mereka lebih bertumpu kepada pencapaian akademik,” katanya.
Bagaimana pun kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan menghantar semua atlet berpotensi tinggi mewakili kontinjen negeri setelah mendapat kelulusan oleh jawatankuasa pengurus terlebih dahulu, katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.