`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 25, 2019

Penjualan aset negara, tarikh luput skim pencen antara fokus Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Punca siswazah tempatan masih menganggur, tarikh luput skim pencen dan proses membaik pulih perumahan generasi kedua Felda yang terbengkalai, bakal mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Dalam aturan mesyuarat yang dikeluarkan laman web Parlimen untuk sesi soal jawab lisan, Ikmal Hisham Abdul Aziz (PH-Tanah Merah) akan memulakan sidang pagi ini dengan meminta penjelasan berkaitan punca dan jumlah siswazah masih menganggur sejak 2 tahun lepas.
Pada sesi sama, Hasan Bahrom (BN-Tampin) meminta data tepat mengenai keperluan perumahan dalam kalangan generasi kedua Felda, selain tindakan bagi memastikan nasib golongan itu terbela dalam mendapatkan rumah mereka.
Turut mencuri tumpuan adalah soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu secara terperinci jumlah aset negara yang sudah dijual kepada kepentingan asing dalam bentuk peratusan dan ringgit.
Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) pula meminta penjelasan mengenai “tarikh luput” skim pencen pegawai kerajaan dan jika ada skim lebih baik untuk menjaga pesara kerajaan.
Sesi itu dijangka berakhir kira-kira 12 tengah hari yang akan diikuti pembentangan bacaan kali pertama pindaan Rang Undang-undang Racun 2019 oleh Kementerian Kesihatan, sebelum persidangan beralih kepada perbahasan berkaitan RUU Perbekalan 2020 mengenai Belanjawan 2020.
Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadualkan berterusan sehingga 5 Dis ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.