`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 26, 2019

'Pos Laju dah jadi pos lambat'

PERSIDANGAN Dewan Rakyat. FOTO Hiasan© Provided by Harian Metro PERSIDANGAN Dewan Rakyat. FOTO Hiasanmhusni@hmetro.com.my
“POS Laju dah jadi ‘pos lambat’,” kata Oscar Ling Chai Yew (PH-Dap) yang mengeluh mengenai tahap perkhidmatan kiriman barang, Pos Laju oleh Pos Malaysia Bhd di Sarawak yang didakwa tidak memuaskan.
Chai Yew berkata demikian ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sidang Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.
“Saya ingin menarik perhatian kementerian bahawa Pos Laju di Sarawak sekarang perkhidmatan mereka tidak begitu memuaskan kerana Pos Laju dah jadi ‘pos lambat’.
“Bagi kiriman barang dari Semenanjung ke Sarawak... tiga hari, satu minggu tidak sampai... lebih satu minggu... hampir dua minggu baru sampai, khususnya di Sibu ini.
“Tolong diberi perhatian oleh kementerian untuk atasi masalah ini sekali gus menambah baik perkhidmatan Pos Laju di Sarawak,” katanya.
Katanya, ini hal yang serius dan kementerian perlu fikir bagaimana untuk mengatasi masalah ini. - nst

1 comment:

  1. Betul menang lambat! Dari kuching ke miri pun mengambil lebih Dari satu minggu berbanding dengan Nationwide express yang hanya mengambil 1 hari setengah. Dolu dolu pos laju perhidmatan pos laju Ok je tapi sekarang memang nak mampus. Sekarang Dan selamanya Saya tak akan guna pos laju. Biar Dia mampus.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.