bhnews@bh.com.my
PUTRAJAYA: Dua daripada empat penuntut Malaysia yang tercedera dalam satu insiden rompakan di Newcastle Durban, Afrika Selatan pada Jumaat lalu dibenarkan keluar hospital.
Kementerian Luar Negeri berkata dua lagi penuntut masih dirawat di Hospital King Edward, akibat tercedera dalam kejadian itu.
“Pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia Pretoria melawat penuntut berkenaan. Pihak suruhanjaya tinggi akan terus memantau keselamatan dan kebajikan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Kementerian berkata keluarga penuntut terbabit dan universiti mereka juga sudah dimaklumkan mengenai perkembangan itu.
Dalam kejadian Jumaat lalu, penuntut terbabit yang berusia antara 19 hingga 27 tahun tercedera dalam satu kejadian rompakan yang mana seorang terkena tembakan di kaki manakala yang lain ditikam. - nst
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.