`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Thursday, January 30, 2020

Amnesty kritik Kelantan ‘paksa’ Orang Asli peluk Islam

a group of people sitting at a picnic table: Maik berkata kira-kira 5,000 daripada 16,000 Orang Asli di negeri itu sudah pun menganut agama Islam. (Gambar Bernama)© Provided by FMT MEDIA SDN BHD Maik berkata kira-kira 5,000 daripada 16,000 Orang Asli di negeri itu sudah pun menganut agama Islam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Hasrat kerajaan Kelantan untuk mengislamkan semua Orang Asli di negeri itu dalam tempoh 30 tahun tidak menggambarkan hak kebebasan beragama bagi etnik itu, kata laporan tahunan Amnesty International.
“Pengumuman itu disokong pandangan yang meluas bahawa kerajaan mempunyai dasar untuk menukarkan semua Orang Asli kepada Islam,” kata laporan itu.
Pada Jun tahun lalu, Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berkata kira-kira 5,000 daripada 16,000 Orang Asli di negeri itu setakat ini sudah pun menganut agama Islam.
Malah, dilaporkan terdapat lebih 100 pendakwah Maik dan penggerak masyarakat di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditugaskan untuk menjaga kebajikan dan memberi pendidikan agama kepada Orang Asli.
Laporan itu juga mengkritik tindakan kerajaan menyerbu pengikut Syiah sejak Sept tahun lalu, mengatakan ia melanggar hak asasi manusia yang bebas mengamalkan ajaran dalam agama.
Tambahnya, ia bertambah teruk apabila mereka yang ditahan dilayan dengan teruk termasuk diacukan pistol dalam sebuan berkenaan.
Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia, Shamini Darshni Kaliemuthu mendesak kerajaan mempercepatkan pembentangan 2 rang undang-undang (RUU) baru di Dewan Rakyat.
Beliau merujuk RUU memansuhkan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan serius dan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
“Semua ini sangat perlahan, sedangkan Pakatan Harapan (PH) sudah memasukkannya dalam janji-janji mereka,” katanya kepada FMT.
Kedua-dua RUU tersebut dijangka dibentangkan pada persidangan Parlimen yang bermula pada Mac ini selepas ditangguhkan sebanyak 2 kali.
Okt lepas, RUU IPCMC 2019 dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk dibincang dengan lebih teliti sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.
RUU IPCMC 2019 dibentang buat kali pertama pada 18 Julai yang bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan polis.
IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.

1 comment:

  1. PH will loose GE15 for sure. When it goes back to the hands of BN then only they will know what is in store for them. I loose hope on PH. From tiger to Toothless cat. I wasted my vote on them. I didnt support BN then but I should hv stayed at home during voting days so that I dont feel so damn angry now.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.