`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 18, 2020

4 pelajar politeknik Dungun dikhuatiri lemas

Anggota bomba menjalankan pencarian di pesisir pantai Teluk Bidara, Dungun petang tadi.
DUNGUN: Kegembiraan sekumpulan 6 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) bermandi-manda bertukar tragedi apabila 4 daripada mereka dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara, di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang, Muhamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin; Muhammad Zul Fahmi Zuki; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan; dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee yang kesemuanya berumur 21 tahun, dikatakan mandi di kawasan berbatu dan tergelincir, sebelum dipercayai ditarik ombak.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Azman Alias berkata, seramai 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, BBP Chukai dan BBP Kuala Berang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.33 petang.
“Anggota bomba bergerak bersama satu jentera, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu bot amfibia bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
“Kini anggota (bomba) menjalankan pencarian di pesisir pantai,” katanya ketika dihubungi hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.