`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 6, 2020

Fasa pertama BSH RM300 dibayar mulai 20 Jan, kata Gua Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, maka tempoh permohonan dan kemas kini akan dibuka mulai 1 Feb hingga 15 Mac 2020.
PUTRAJAYA: Pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 sebanyak RM300 bagi kategori isi rumah yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2019 akan dilaksanakan mulai 20 Jan ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Lim berkata, peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM1 bilion dan memanfaatkan hampir 3.8 juta penerima BSH kategori isi rumah.
“Pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa BSH 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, penerima BSH di kawasan pedalaman bagi kategori isi rumah yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran pada tarikh yang sama, manakala bagi penerima pedalaman yang tiada akaun pula akan dibuat mulai 1 Feb (2020) secara tunai.
Lim berkata, pangkalan data BSH 2019 telah melalui beberapa proses tapisan daripada agensi kerajaan, antaranya status pemilikan kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40) bagi memastikan mereka yang memerlukan sahaja menerima BSH 2020.
Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, Lim berkata, tempoh permohonan dan kemas kini akan dibuka mulai 1 Feb hingga 15 Mac 2020.
Selain kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, katanya.
Pemohon tidak perlu membuat permohonan baru atau kemas kini sekiranya permohonan BSH 2019 lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat serta orang kurang upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya.
Bagaimanapun katanya, pemohon perlu membuat permohonan baru atau kemas kini sekiranya belum membuat pendaftaran permohonan BSH (kategori baru), permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020, dan permohonan OKU yang tidak tersenarai dalam e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.
“Setelah pangkalan data BSH 2020 dikemas kini, baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga, manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara sekali beri pada fasa kedua,” katanya.
“Dengan adanya proses permohonan dan pengemaskinian ini, sebahagian daripada kalangan yang tidak lulus dan belum menerima BSH masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula,” katanya.
Dalam Belanjawan 2020, kerajaan mengumumkan untuk meneruskan program BSH bagi menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.