`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 10, 2020

Malaysia, Singapura komited muktamad perjanjian RTS menjelang Apr, kata Loke

Pada 31 Okt 2019, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan meneruskan laluan RTS dengan kos terbaru RM3.16 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 36% atau RM1.77 bilion.
SINGAPURA: Malaysia dan Singapura komited untuk memuktamadkan perjanjian membabitkan projek Sistem Transit Rapid (RTS) menjelang Apr ini, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Loke memaklumkan perkembangan itu menerusi catatan terbaru di laman rasmi Facebook beliau, hari ini.
Beliau berada di republik itu bagi menemui rakan sejawatannya, Khaw Boon Wan.
“Saya mengunjungi menteri pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan dan membincangkan perkembangan projek RTS yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands. “Perbincangan itu berhasil dan kami komited untuk memuktamadkan perjanjian menjelang Apr tahun ini,” katanya.
Pada 5 Nov lepas Loke berkata, Malaysia memerlukan tempoh lanjutan 6 bulan bagi meneliti semula aspek pelaksanaan dan beberapa perjanjian berkaitan projek RTS tersebut, susulan keputusan Malaysia meneruskan usaha tersebut.
Sebelum itu pada 31 Okt, 2019, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan meneruskan laluan RTS dengan kos terbaru RM3.16 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 36% atau RM1.77 bilion berbanding kos asal RM4.93 bilion.
Sementara itu, Khaw menerusi catatan di Facebook beliau berkata, “Gembira dapat saling bertukar limau mandarin dengan Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke! Kami saling mengucapkan Selamat Tahun Baru dan mengharapkan kemajuan seterusnya dalam kerjasama pengangkutan dua hala. Banyak yang boleh diusahakan bersama demi rakyat masing-masing.”
Kedua-dua menteri itu turut berkongsi paparan foto pertemuan mereka di media sosial tersebut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.