`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 29, 2020

Petronas Dipaksa Beli Tanah KLCC, Kroni Mahathir Untung RM600 Juta

Suara Keadilan, 13 October 2010
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak supaya menjalankan siasatan segera berhubung urusan jualbeli tanah KLCC yang didakwa mengakibatkan Petronas terpaksa membeli tanah tersebut pada harga RM900 juta sekaligus memberikan keuntungan amat lumayan kepada salah seorang kroni Tun Dr Mahathir Mohamad terkaya di Malaysia.
Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda.

“Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas.”

“Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir.

“Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut,” kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam.
Suara Keadilan difahamkan daripada sumber dalaman Petronas, Lembaga Pengarah syarikat petroliam itu sememangnya telah ‘dipulas tangan’ oleh bekas Perdana Menteri itu supaya membeli pada harga tersebut.

Kroni Mahathir, Ananda Krishnan, untuk RM600 juta dan dapat satu menara percuma

“Beberapa ketika dahulu syarikat minyak Shell dan Esso telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa Petronas adalah salah sebuah syarikat petroliam yang amat sukar dalam rundingan urusniaga dengan mana-mana pihak pun di dunia. Ini menunjukkan Petronas akan berusaha sedaya upaya dalam setiap urusan perniagaan untuk mendapatkan rundingan harga terbaik dan perjanjian yang menguntungkan syarikat itu.
“Tetapi dalam kes tanah KLCC, Lembaga Pengarah KLCC dipaksa membayar harga yang telah ditetapkan ‘harga mati’ tanpa dibenarkan untuk merundingkan harga walau sesen pun. Bagaimana sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang diiktiraf dan dihormati pesaing sebagai rakan kongsi yang sangat sukar dalam rundingan perniagaannya dipaksa sebegitu rupa untuk tunduk kepada kuasa politik dan ketamakan bekas Perdana Menteri dan kroninya yang begitu rakus. Urusan jualbeli tersebut benar-benar satu malapetaka yang menimpa Petronas dan mulai saat itu kroni Dr Mahathir mula meletakkan tangan mereka pada kantong Petronas,” kata sumber itu.

Lim Kit Siang dulu bising tetapi sekarang sudah bisu

Tanah seluas ekar yang terletak dalam kawasan tiga segi emas atau ‘golden triangle’ dikatakan bertaraf pertanian pada awalnya sebelum ditukar statusnya kepada tanah komersial setelah dibeli kroni Dr Mahathir pada harga RM300 juta.
Hanya setelah taraf tanah tersebut ditukar kepada komersial baru ianya dijual kepada Petronas pada harga RM900 juta.
Ini bermakna kroni tersebut telah mendapat keuntungan atas angin dengan senang sebanyak RM600 juta padahal persoalan yang timbul mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus dengan pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?
“Ini jelas menunjukkan bagaimana mantan Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga Petronas untuk mengkayakan kroninya dengan menggunakan dana awam.
“Malah apa yang mengejutkan kroni tersebut berjaya mengaut keuntungan dengan begitu besar sebanyak RM600 dalam masa beberapa bulan sahaja tanah tersebut ditukar status daripada tanah pertanian kepada komersial,” tegas Dr Tan lagi.

Tanah ini dicuri dan diberi kepada Ananda Krishnan

Dr Tan menjelaskan pada asalnya pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf DiRaja Selangor di mana terletaknya Hospital Prince Court sekarang.
“Ini perlu dilakukan memandangkan ibu pejabat di Bangunan Dayabumi ketika itu sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung perkembangan pesat Petronas.
“Bagaimana pun pembinaan ibu pejabat baru tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam kerana ia terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi,” jelas beliau lagi.
Dr Tan berkata Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah di Jalan Ampang, dibelakang dahulunya Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.
“Tiba-tiba Mahathir masuk campur dan mengumumkan rancangan liciknya untuk merompak wang daripada khazanah Petronas dengan tujuan mengkayakan kroni beliau.
“Sebahagian daripada rancangan beliau ialah dengan mencipta isu di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.
“Selepas isu itu disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.

Pakatan Harapan berjanji akan tangkap Mahathir dan ketiga-tiga anak beliau dan sumbat mereka ke dalam penjara

Dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Keenam di Dewan Rakyat pada 18 Julai 1991, Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan.
“Tanah Kelab Lumba Kuda dijual berikutan arahan kerajaan kepada kelab tersebut supaya keluar dari pusat Kuala Lumpur kerana lokasinya meyebabkan kesesakan lalulintas. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan wang untuk membina padang lumba kuda baru, kelab itu memutus untuk menjual tanahnya di Jalan Ampang.
“Mengikut laporan sebuah majalah asing, Encik (Ananda) Krishnan membeli tanah ini pada masa resesi di waktu mana harga tanah jatuh dengan teruk dan ramai yang bankrap dan tidak ramai yang berminat atau mampu membeli hartanah.
“Tanah seluas 96 ekar ini terletak dalam kawasan tiga segi emas atau dengan izin “golden triangle” yang amat diminati oleh pemaju-pemaju. Sekarang apabila ekonomi telah pulih dan terdapat dengan izin “building boom”, tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi,” kata Dr Mahathir.
Dalam ucapan beliau, Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50 peratus saham Seri Kuda, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ananda.
“Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda bahawa lebih dari 50 peratus tanah kelab hendaklah dijadikan ‘public park’. Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100 peratus. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar hanya bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51 peratus dari saham Seri Kuda. Sebuah firma penilai bebas telah ditugas oleh Petronas untuk menilai tanah tersebut. Jika harga yang ditawarkan kepada Petronas menguntungkannya, baharulah Petronas akan membeli saham Sri Kuda.
“Jika harganya akan merugikan Petronas, maka Petronas tidak akan membelinya. Jika Petronas tidak mengambil saham ini, berpuluh syarikat lain akan berebut-rebut membelinya,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.