`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 8, 2020

Saya percaya sumbangan Arab dari Raja Abdullah, Najib beritahu mahkamah

Najib Razak berkata, bekas ‘presiden (Umno) dan perdana menteri’ pernah menerima sumbangan wang atas kapasiti peribadi mereka.
KUALA LUMPUR: Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau percaya “sumbangan Arab” datang daripada Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud, tetapi beliau tidak mengesahkannya dengan bank ketika wang itu dimasukkan ke akaunnya.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau tidak periksa dengan Ambank atas wang yang diterimanya antara 2011 hingga 2014, tetapi Bank Negara Malaysia maklum mengenai perkara itu.
“Saya terima hadiah wang itu dengan niat baik daripada Raja Abdullah, walaupun saya tidak periksa dengan bank apabila wang itu dimasukkan ke akaun saya,” katanya dalam pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya ad hoc, V Sithambaram.
Najib dalam pernyataan saksi yang dibacakan bulan lalu, berkata ahli perniagaan yang diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho memberitahunya pada 2010 Raja Abdullah bersetuju memberi sokongan kepadanya dalam bentuk sumbangan kewangan.
Najib berkata, Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low pada mulanya tidak memberitahu jumlahnya atau bila hadiah itu akan dihantar melalui putera Raja Abdullah.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau kemudiannya menemui Raja Abdullah yang mengesahkan akan memberi hadiah wang itu.
Hari ini, Najib berkata, Jho Low mengaturkan sumbangan itu kerana hubungannya dengan kerabat diraja itu, tetapi Raja Abdullah memberikan hadiah berkenaan atas hubungan baik Malaysia dan Arab Saudi.
Najib berkata, Jho Low menyerahkan surat sumbangan itu kepada Ambank dan ketua setiausaha sulitnya ketika itu, Azlin Alias.
Ketika ditanya Sithambaram, Najib berkata, beliau menganggap wang itu daripada Raja Abdullah.
“Saya tidak tahu identiti orang yang memindahkan wang itu dan saya tidak periksa dengan bank saya.”
Tetapi, Najib berkata, beliau menerima kira-kira RM2.6 bilion.
Ditanya Sithambaram kenapa beliau tidak meminta wang itu disalurkan kepada kerajaan, katanya, bekas “presiden (Umno) dan perdana menteri” pernah menerima wang atas kapasiti peribadi mereka.
Sithambaram: Saya cadangkan seorang perdana menteri tidak boleh menerima sumbangan peribadi dari negara lain.
Najib: Saya tidak setuju kerana Arab memberi wang kepada individu dan negara.
Najib didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman SRC International sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan.
Beliau turut berdepan 3 pertuduhan pengubahan wang dan 3 pertuduhan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta dana SRC International ke akaunnya.
Pihak pembelaan bertegas semua cek dikeluarkan Najib untuk aktiviti politik dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) datang daripada sumbangan itu.
Sementara itu, pendirian pendakwaan ialah wang itu datang dari SRC.
Perbicaraan diteruskan di depan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.