`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 16, 2020

Individu sapa puteri Agong dengan nama timangan, jangan lupa protokol

a woman smiling for the camera: Tindakan seorang individu menyapa Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah dengan nama timangan di media sosial dianggap tidak mengikut protokol. — Foto ihsan Instagram/Tengku Afzan 1© Provided by Projek MM Tindakan seorang individu menyapa Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah dengan nama timangan di media sosial dianggap tidak mengikut protokol. — Foto ihsan Instagram/Tengku Afzan 1
KUALA LUMPUR, 16 April — Keramahan puteri Yang di-Pertuan Agong mencemar duli di media sosial disenangi rakyat jelata.
Bagaimanapun, terdapat segelintir warga maya yang dilihat berlebihan semasa  berkomunikasi dengan golongan diraja.
Rasa kurang senang ini disampaikan sendiri Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah menerusi Twitter.
“Hanya keluarga saya boleh memanggil saya begitu,” coret Tengku Puteri Afzan.
Tengku Puteri Afzan menjawab kiriman seorang pengguna Twitter yang menyapanya dengan nama timangan.
Sementara itu, rata-rata warga mata menyelar tindakan individu terbabit yang dianggap tidak mengikut protokol ketika berbicara dengan kerabat diraja.
Nazmi Subri: Bila keluarga diraja ramah dengan rakyat biasa, mulalah orang hendak lebih-lebih sampai lupa sempadan.
Anis Nadhirah: Kalau tidak ramah dengan rakyat, dicop sombong pula.
Madan Shah: Mentang-mentang keluarga diraja kita ramah, dia boleh panggil begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.