`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 16, 2020

PKR: Tian Chua tidak digantung, hanya diberi surat tunjuk sebab

a man wearing glasses and smiling at the camera: Naib Presiden PKR, Tian Chua.© Provided by Free Malaysia Today Naib Presiden PKR, Tian Chua.
PETALING JAYA: Dakwaan mengatakan Naib Presiden PKR, Tian Chua digantung keahlian adalah tidak benar.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kasim membuat menafian itu, sambil berkata pemimpin itu hanya diberi surat tunjuk sebab oleh parti.
“Tidak benar, beliau hanya diberi surat tunjuk sebab,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Setiausaha PKR Cabang Batu, Ahmad Azrin mendedahkan Tian Chua digantung keahlian.
“Apabila digantung bermakna beliau tidak boleh lagi membuat sebarang aktiviti atau program dengan menggunakan nama parti. Saya tidak faham, di saat tumpuan kami di cabang ke arah untuk membantu rakyat yang terkesan akibat PKP ini, parti memilih untuk menggantung ketua kami.
“Selaku antara pengasas parti, Tian Chua membuktikan kesetiaan beliau kepada parti hingga di saat peralihan kuasa tampuk pemerintahan kerajaan pun, beliau memilih untuk kekal di dalam parti. Walaupun beliau dihina, dimaki, dicaci bahkan dikasari, beliau tetap teguh bersama parti.
“Tetapi parti memilih untuk menggantung beliau dan ini bermakna parti sendiri tidak perlukan beliau lagi,” katanya dalam satu kenyataan diterima FMT.
Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan keputusan terhadap Tian Chua.
“Sebagai tanda solidariti bersama, saya memilih untuk menggantung keanggotaan saya sendiri sehingga penggantungan keanggotaan Tian Chua dibatalkan,” katanya.
Pada 1 Mac, Tian Chua dibaling dengan botol dan digelar “pengkhianat” serta “anjing” oleh sekumpulan penyokong parti itu yang marah dengannya, ketika beliau meninggalkan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Tian Chua dituduh sekutu bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipecat parti selepas mengadakan satu siri pertemuan dengan pemimpin parti lawan untuk membentuk gabungan baru pada Februari lalu.
Terdahulu, PKR menggantung keahlian Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha kerana menghadiri pertemuan dengan Azmin dan Zuraida Kamaruddin pada Februari lalu.
Haniza sendiri mengesahkan beliau menerima surat penggantungan keahliannya pada 13 April lalu.
Surat yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, memaklumkan penggantungan itu berkuat kuasa 6 April lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.