`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 25, 2020

Petugas sekatan PKP perlu minum 8 gelas sehari elak dehidrasi

KOTA BHARU: Petugas keselamatan beragama Islam yang bertugas di sekatan jalan raya sepanjang bulan Ramadan berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) perlu meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari bagi mengelak dehidrasi.
Pegawai Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Wan Rimei Salha Wan Abdul Rani, berkata ia boleh dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa dan sebelum bersahur.
“Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi mengelak mereka mengalami dehidrasi ketika bertugas sepanjang Ramadan terutama di tempat-tempat yang mengalami cuaca panas ketika ini.
“Selain itu, mereka juga perlu mengambil 2 hidangan buah-buahan pada setiap hari agar keperluan vitamin dan mineral mencukupi dalam badan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata antara simptom dehidrasi termasuklah berasa letih berpanjangan ketika bertugas.
“Bagi mengelak dehidrasi yang teruk, petugas keselamatan boleh berehat seketika dan bergilir dengan rakan setugas yang lain.
“Namun jika simptom berlarutan mereka perlu merujuk kepada petugas kesihatan bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.