`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 13, 2020

Mahkamah akan tetapkan tarikh baru kes Abdul Azeez

Abdul Azeez Abdul Rahim. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen akan menetapkan tarikh baru bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim dan abang, Abdul Latif.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Azeez, memberitahu Bernama mahkamah menetapkan 18 Mei untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh baru perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Perbicaraan kes dijadual bermula pada 16 Mac tetapi ditangguhkan pada 16 dan 17 April serta 20 hingga 22 April berikutan permohonan Hisyham untuk bercuti sakit bermula 11 Mac sehingga 10 April, disusuli pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Azeez, 53, menghadapi 3 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 9 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta, manakala abangnya menghadapi 2 pertuduhan bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Azeez.
Bagi pertuduhan rasuah, Azeez dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Petaling, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.
Bagi kes pengubahan wang haram, dia dituduh melakukan kesalahan itu di sekitar Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Latif, 62, pula didakwa secara rasuah menerima wang tunai berjumlah RM4 juta daripada Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah, yang juga pengarah syarikat, Menuju Asas Sdn Bhd, sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan projek pembinaan jalan secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.