`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 11, 2020

Mat Sabu : Cina dijadikan modal untuk menakutkan Melayu sejak tahun 60an.




My comments : 

Sejak lebih 50 tahun saya sudah mengkaji dan melihat sendiri rahsia orang Cina untuk berjaya dalam dunia bisnes dan ekonomi.  

Pertama sekali saya melihat bahawa orang Cina rajin bangun tidur pada waktu pagi. Pada waktu orang lain semua masih tidur, orang Cina sudah bangun tidur dan mereka sudah mula membuat persiapan untuk hari yang akan datang. Yang bekerja akan mula bersedia kerja, yang menjadi petani akan buat persiapan ke lading dan kebun dan yang berniaga akan mulakan tugas-tugas untuk perniagaan mereka.

Setelah habis Tingkatan 6 di Pulau Pinang dulu saya pernah bekerja di Union Street, Georgetown. Setiap pagi saya akan naik bas (Yellow Bus) dari Gelugor (Minden Heights) ke perhentian bas Prangin Road. Dari Prangin Road saya akan berjalan kaki melalui Carnarvon Street, Beach Street dsbnya hingga ke Union Street. Tempat kerja saya bermula awal (perniagaan wholesale) sebelum pukul 8 pagi. Jadi saya pun akan sampai di Prangin Road dan berjalan ke Union Street sekitar jam 7 pagi. 




Di sepanjang jalan yang saya lalui akan kelihatan beratus atau beribu orang Cina yang sudah pun mula bekerja dan berniaga. Saya masih ingat seorang pakcik tua Cina yang masak kulit popiah di Carnarvon Street. Setiap pagi pakcik Cina itu sudah mula berniaga jauh sebelum saya lalu depan kedai dia.  Maksudnya mereka bekerja keras. Dan mereka selalu menghasilkan sesuatu produk dengan tangan mereka. Always making something with their hands.  Maka tidak hairanlah bahawa mereka berjaya dalam bisnes dan ekonomi.

Hari ini kita jarang boleh melihat pakcik Cina membakar kulit popiah di Georgetown. Tahun lalu saya pernah jumpa seorang sahaja orang Cina pembuat kulit popiah dekat Chowrasta Market di Georgetown. Tetapi hari ini pula orang Cina sudah membuka kilang untuk membuat kulit popiah yang dijual dalam kotak di supermarket dan diekspot ke seluruh dunia. Perniagaan mereka sudah maju. 

Dan mereka masih bangun tidur awal pagi untuk bekerka keras dan majukan perniagaan mereka. Maka itulah rahsia orang Cina maju dalam bisnes - mereka kerja lebih keras daripada kerbau sawah atau gajah menarik balak.  Dalam negara kita ini hanya satu bangsa sahaja - orang mamak Islam  - yang boleh melawan dan mengatasi orang Cina dalam perniagaan.   Contohnya perniagaan wholesale di mana saya bekerja di Georgetown pada 1980 itu adalah kepunyaan orang mamak, dan ia masih wujud hingga ke hari ini. 

Rahsia besar kedua bagi kejayaan orang Cina dalam bisnes ialah mereka sanggup mengambil risiko yang tinggi. They take great risks. Setelah balik dari belajar di university di Amerika saya menjadi ahli perbankan. Sebagai banker saya berjumpa dan meneliti begitu ramai sekali businessman Cina yang mengambil risiko yang sangat tinggi untuk menceburi perniagaan dan pembuatan (manufacturing). Dan juga pembangunan hartanah. Bila ekonomi lancar dan baik mereka menjadi kaya dengan cepat. Saya pernah beri pinjaman RM50 juta kepada seorang businessman Cina  untuk membangunkan Shopping Mall di Selayang. Hanya beberapa tahun kemudian dia telah menjual Mall itu dengan harga hampir RM300 Juta. Keuntungan ENAM KALI ganda daripada pinjaman asal. Yang membeli mall itu pun syarikat Cina juga. Penjual pun Cina, pembeli pun Cina. 

Di sinilah kaum saya sendiri, peniaga mamak - boleh kalah kepada orang Cina. Kaum bisnes mamak tidak berani mengambil risiko yang tinggi seperti orang Cina. Jadi walaupun peniaga mamak boleh bekerja dengan lebih keras daripada businessman Cina tetapi saikoloji kaum mamak lebih kepada "risk averse" atau tidak suka mengambil risiko yang tinggi. Orang Cina pula sedia "bulldoze" memasuki perniagaan baru dan peluang ekonomi baru - tanpa terlalu takuti risiko tinggi.

Jadi kalau tidak mahu bersaing dengan orang Cina itu pilihan tuan-tuan. That is your choice. Kalau tidak mahu bangun awal pagi dan mula bekerja keras, itu pun pilihan tuan-tuan. Tetapi jangan pula memfitnah orang lain yang rela bekerja keras macam kerbau sawah, sanggup menanggung risiko yang tinggi dan tanpa bantuan, tanpa sabsidi untuk menyediakan barang keperluan kita semua.

Cuba bayangkan kalau orang Cina tidak buka kilang, di mana pula kita boleh membeli underwear yang selesa dan murah?  Na'as titi dan jalan melekat.

2 comments:

  1. Pandei le kamu ostb n mat sabu belajor tak habih.

    ReplyDelete
  2. Ya u pandailah ....tu. sepandai pandai masih makan gaji...janji akan gaji..tulah adap ketuanan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.