Rakyat sudah mula menerima dan telah pun bersiap sedia untuk PKP hingga selepas Hari Raya Aidilfitri demi kepentingan nyawa diri dan keluarga tetapi sebaliknya kerajaan pula nampaknya yang tidak sabar untuk menamatkan PKP secara halus tanpa menarik perkataan PKP.
I received this via WhatsApp. I don't know who wrote this.
These are interesting points.
*Rakyat Bodoh Atau Diperbodohkan.*
Kelonggaran PKP akan bermula 4 Mei menimbulkan pelbagai persoalan bodoh diantaranya :-
1. Keluar rumah naik kereta 2 orang tetapi duduk di kedai makan boleh 4 orang.
Apa bezanya 2 orang naik 1 kereta pergi ke kedai makan dengan 4 orang bertemu di kedai makan ?
2. Masjid dan surau tidak dibenarkan dan industri dibenarkan.
Apa bezanya 600 bertemu seminggu sekali dengan 500 orang bertemu setiap hari?
3. Kenderaan awam mula operasi.
Kereta sendiri boleh naik 2 orang je, bas kilang naik berapa orang?
4. Pengerakan merentas negeri tidak dibenarkan.
Kerja dibenarkan dan balik raya tidak dibenarkan.
5. Bersukan dibenarkan dan aktiviti riadah tidak dibenarkan.
Apa bezanya sukan dan riadah ?
6. Restoran dibenarkan tapi Makcik Kiah jual goreng pisang tidak dibenarkan.
Restoran dan kedai makan ada orang melepak dibenarkan tetapi gerai goreng pisang Makcik Kiah orang cuma singgah beli dan terus balik tidak dibenarkan.
7. Flip Flop institusi perbankan.
Kes Covid-19 belum selesai, yang terlepas lari keluar dari kawasan PKPD pun tidak diketahui berapa ramai kerana ada kes membuktikan terdapat percubaan melarikan diri dan tertangkap.
SEMPADAN NEGARA Yang Dikawal Berlapis² Pun Bocor, inikan pula hanya kawad duri yang menjadi tembok sempadan kawasan PKPD.
Ada beberapa negara menyesal menarik balik larangan perintah berkurung kerana kes Covid-19 naik mendadak akibat dari kedegilan pembawa penyakit Covid-19 yang tidak diketahui.
Adakah kerajaan sengaja mahu ramai rakyatnya menjadi duda atau balu atau menjadi anak yatim dek kerana sikap mementingkan keuntungan wang ringgit daripada nyawa?
Ke mana barangan ini mahu dihantar kerana majoriti negara di dunia ini menutup pintu keluar masuk mereka untuk semua aktiviti? Jika hanya pasaran domestik, sepatutnya sektor yang berkaitan domestik sahaja dibenarkan beroperasi seperti sektor pertanian dan logistik tempatan.
Rakyat sudah mula menerima dan telah pun bersiap sedia untuk PKP hingga selepas Hari Raya Aidilfitri demi kepentingan nyawa diri dan keluarga tetapi sebaliknya kerajaan pula nampaknya yang tidak sabar untuk menamatkan PKP secara halus tanpa menarik perkataan PKP.
Jika rakyat yang kais pagi makan pagi boleh bertahan, mengapa pula mereka yang cukup bulan cucuk duit di bank tidak mahu dan tidak mampu bertahan atau ketamakan telah menguasai diri? Yang mana sekiranya dapat membuat stok dan bekalan dari sekarang disimpan dan apabila semua pintu sempadan negara dibuka nanti keuntungan besar²an akan diraih oleh pihak² ni.
Sebenarnya banyak lagi persoalan yang membuat rakyat rasa bodoh dan diperpodohkan atau kerajaan sengaja mahu persenda dan mempermainkan rakyat.
Pelik Tapi . . .
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.