`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 15, 2020

Park Royal Kuala Lumpur akan ditutup 15 bulan

Benny Chung berkata, operasi dan kewangan Park Royal KL teruk terjejas akibat PKP dengan kerugian kewangan ketara diunjurkan tahun ini, walaupun selepas mengambil kira pelbagai langkah pengurangan kos. (Gambar Park Royal KL)
PETALING JAYA: Pengurus besar Park Royal Kuala Lumpur hari ini mengesahkan hotel itu akan ditutup untuk pengubahsuaian sekurang-kurangnya 15 bulan bagi menghentikan kerugian akibat penularan Covid-19.
Benny Chung mengesahkan memo dalaman yang dilihat FMT, di mana beliau mengumumkan “penutupan sepenuhnya hotel itu” bulan depan dan meminta semua kakitangan menerima Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan.
Hotel berkenaan berkata, keputusan itu susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyebabkan industri hospitaliti “berhenti sepenuhnya”.
Chung berkata, hotel itu pada mulanya bercadang melakukan pengubahsuaian secara berperingkat pada akhir tahun ini, tetapi kini ia memilih menutup sepenuhnya untuk berbuat demikian.
“Prospek industri ketika ini tidak begitu baik. Kami hanya tutup sementara dan akan buka semula pada hujung 2021. Ini bukannya menamatkan operasi,” katanya kepada FMT.
Park Royal Serviced Suites Kuala Lumpur dan Park Royal Pulau Pinang akan meneruskan operasinya.
Dalam memo itu, Chung berkata, operasi dan kewangan hotel teruk terjejas akibat PKP dengan kerugian kewangan ketara diunjurkan bagi tahun ini, walaupun selepas mengambil kira pelbagai langkah pengurangan kos.
Katanya, penutupan penuh hotel itu dapat mengurangkan kerugian operasinya.
Beliau turut menggesa kakitangan menerima VSS dan butirannya akan dijelaskan dalam mesyuarat Isnin ini.
Pengumuman hari ini yang terbaru dalam siri penutupan dan pemberhentian pekerja industri hospitaliti negara, yang bergelut dengan kehilangan pelancong akibat penularan pandemik Covid-19.
Hilton Kuala Lumpur mengumumkan potongan gaji dan pemberhentian pekerja pada akhir April dan sebuah lagi hotel terkenal di ibu kota, Hotel G City Club mengumumkan penutupannya bulan lalu akibat kadar penginapan rendah sejak beberapa tahun lalu.
FMT turut melaporkan penutupan sebuah hotel 5 bintang di Melaka bulan lalu dan penggantungan operasi sebuah hotel 5 bintang yang dilengkapi 500 bilik di Selangor. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.