`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 27, 2020

Pendedahan Bul Budak Ku Li, Bukan Habibul Rahman

(Suara TV) – Spekulasi bahawa Datuk Habibul Rahman Kadir Shah sebagai “Bul” yang meminta Raja Petra Kamaruddin membuat akuan bersumpah mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah tidak benar.
Beberapa hari lalu Raja Petra menulis, “That was when Ku Li’s “boy”, Bul, came out with the idea to link you and Madam to Altantuya Shaariibbu’s murder. So, a few days later, I came out with that Statutory Declaration linking Rosmah to Altantuya’s murder, saying that she was there the night of the murder..”
Suara.TV menyiarkan gosip politik yang berlegar bahawa “bul” yang dikaitkan dalam tulisan tersebut merujuk kepada individu yang berpengaruh dalam elit politik negara pada zaman Tun Abdullah Badawi dan Mohd Najib Razak.

Saya Minta Maaf Kepada Najib Dan Rosmah

Did The Police Try To Block Najib From Becoming PM In 2008?

Nik Azmi Nik Salleh, also known as Bul

Suara TV tidak menyiarkan nama Habibul Rahman kerana tidak pasti sama ada gosip terbabit mempunyai kebenaran.
Namun kini Suara TV boleh mendedahkan Bul yang dimaksudkan oleh Raja Petra ialah Datuk Nik Azmi Nik Salleh, Penasihat Kewangan dan Peribadi Tengku Razaiegh Hamzah (Ku Li).
Bagaimanapun Suara TV tidak dapat mengesahkan sama ada benar bahawa Bul yang meminta Raja Petra membuat akuan bersumpah tersebut.
Bagaimanapun Ku Li pernah menafikan beliau mengarahkan Bul menggunakan Raja Petra untuk menyerang Mohd Najib.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.