`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 18, 2021

Kebakaran di Pasar Datuk Keramat bukan sabotaj, kata bomba

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, punca awal kebakaran di Pasar Datuk Keramat semalam dipercayai daripada elektrik.

KUALA LUMPUR: Kebakaran lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat petang semalam tiada unsur sabotaj, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi.

Beliau berkata, pihaknya tidak menemui sebarang faktor yang boleh membawa kepada perbuatan sabotaj seperti didakwa segelintir pihak di media sosial.

“Api merebak dengan begitu pantas kerana bahan binaan gerai berkenaan terdiri daripada kayu. Selain itu, punca awal kebakaran dipercayai daripada elektrik, namun siasatan terperinci masih dijalankan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad bagi mengetahui punca sebenar kebakaran,” katanya kepada Bernama.

Tinjauan Bernama di pasar itu hari ini mendapati peniaga terjejas akibat kebakaran itu sedang melakukan kerja pembersihan premis.

Selain itu, ada peniaga yang kelihatan sibuk mengisi borang tuntutan kerugian premis untuk diserahkan kepada wakil Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan bagi tindakan lanjut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Semalam, lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat terbakar, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.