`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 18, 2021

Warga emas maut disyaki digigit haiwan

 

Polis masih menyiasat sama ada mangsa diserang dua ekor anjing sebelum meninggal dunia atau haiwan itu cuba menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri dengan menggigitnya.

IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dengan kesan kecederaan dipercayai digigit haiwan di sebuah tokong di Jalan Gopeng, di sini, tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa dikenali sebagai Chee Ah Lim, 73, yang juga penjaga tokong itu kira-kira 12 tengah hari.

“Pengadu yang hadir ke Balai Polis Kampung Rapat memaklumkan mangsa ditemui tidak sedarkan diri di hadapan bangunan tokong.

“Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan tidak berpakaian dan mengalami kecederaan pada kedua-dua tangan dan lehernya dipercayai akibat digigit haiwan,” katanya di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pemeriksaan unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan pakar forensik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa.

Lee berkata, berdasarkan pemeriksaan itu, selain pakaian mangsa yang ditemui dalam keadaan koyak berhampiran mayat, polis tidak menolak kemungkinan mangsa digigit dua ekor anjing bersaiz besar yang berkeliaran di tokong itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, punca kematian mangsa masih disiasat dan proses bedah siasat akan dijalankan di HRPB esok.

“Kita masih menyiasat sama ada mangsa diserang kedua-dua anjing berkenaan sebelum meninggal dunia atau haiwan itu cuba menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri dengan menggigitnya,” katanya.

Lee berkata, kedua-dua anjing yang dipelihara sejak kecil di tokong itu akan dihantar ke Jabatan Veterinar Ipoh untuk siasatan lanjut dan setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.