`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 20, 2021

2 sekolah di JB ditutup selepas 2 beradik positif Covid-19

 

Mazlan Bujang meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana kerajaan Johor sentiasa memantau situasi Covid-19 di negeri itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dua sekolah di Taman Daya, Johor Bahru, diarahkan tutup mulai hari ini selepas dua pelajar yang juga adik-beradik dijangkiti Covid-19 daripada nenek mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang, berkata semua kontak rapat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya 3 dan Sekolah Kebangsaan Taman Daya yang membabitkan guru dan pelajar diarah menjalani ujian saringan Covid-19.

Bagaimanapun, beliau tiada maklumat mengenai jumlah sekolah di negeri itu yang ditutup sehingga kini atau berapa ramai pelajar dan guru yang disaring.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan terus melakukan pemantauan serta mengarahkan sekolah terus ditutup, jika terdapat sebarang jangkitan.

“Saya juga mengambil maklum mengenai aduan yang diterima daripada wakil rakyat supaya kerajaan negeri mempertimbangkan penutupan sekolah di daerah tertentu.

“Di peringkat kerajaan negeri, kita sentiasa memantau. Keadaan sehingga kini masih terkawal dan orang ramai diminta tidak mencetuskan sebarang kebimbangan,” katanya dipetik Berita Harian selepas menghadiri satu program di Johor Bahru.

Sebelum ini, 159 pelajar dari lima sekolah di sekitar Johor Bahru diarah menjalani ujian saringan Covid-19 di Pusat Sehenti Penilaian Covid-19 Pasir Gudang dan Bukit Indah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.