`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 19, 2021

500,000 guru akan terima vaksin pada fasa ke-2

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, 500,000 guru akan menerima vaksin dalam fasa ke-2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula hari ini.

PUTRAJAYA: Kira-kira 500,000 guru termasuk di sektor swasta akan menerima vaksin dalam fasa ke-2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Pendidikan sedang menyiapkan senarai guru berkenaan untuk dimasukkan ke dalam sistem vaksinasi bagi mendapatkan janji temu.

“Setakat ini, seramai 11,902 daripada 54,537 guru yang tersenarai dalam fasa pertama sudah menerima dos pertama vaksin.

“Selebihnya akan menerima suntikan dalam bulan ini,” katanya pada sidang media perkembangan program vaksinasi.

BERITA LANJUT MENYSUL - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.