`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 19, 2021

IGP, Pegawai Tinggi Kurang Yakin PDRM. Umum Tidak Selesa Fe'el PDRM. YAB Perdana Menteri Patut Risau.

 This is taken from Malaysia Chronicle (click here):



Ex-inspector arrested for spreading rumours of cop cartel

arrested former inspector who spread rumours about “cartel” within force

after article about “Bukit Aman D7 cartel group involved in abuse of power, and protecting, abetting, conspiring and accepting bribes from various organised syndicates”

  • D7 is anti-vice, gambling and secret societies
  • article listed D7 officers involved with Nicky Gang, Addy Kanna Gang
  • Four officers from the list had lodged police reports
Muda revives call for IPCMC after top cops turn their backs on Jips 
decision of two top cops to shun Jips underscores need for IPCMC 
said Malaysian United Democratic Alliance (Muda)
comments by Johor police chief Ayob Khan and IGP  on Jips “shocking”

2 days ago, Hamid told press several former Jips officers “passed favours to investigators” by letting them off the hook for disciplinary complaints

A day prior, Ayob Khan, who is leading investigations against group of police personnel conspiring with criminals, said it involved Jips.

Ayob Khan vowed that the corrupt police personnel will be arrested and charged.

“I will not just leave this matter to the Jips. I want to take action for the offence of organised crime which, for me, is the best way,” he said

FREE MALAYSIA TODAY / MKINI 

My comments :  

Memang pun IGP Tan Sri Hamid Bador telah mencetuskan ledakan letupan raksaksa dengan kenyataan umum beliau mengenai pegawai Polis pangkat tinggi (termasuk bekas IGP)  yang sekongkol kong-kali-kong dengan sindiket jenayah. Tan Sri IGP sebut the Blue Code of Honor antara pegawai Polis jahat yang terlibat jenayah dan salahlaku masing-masing.

Yang lagi pelik pula adalah perbuatan Menteri Dalam Negeri masuk campur untuk membatalkan perintah IGP yang bertujuan untuk "menguruskan" beberapa pegawai Polis yang beliau rasa patut diambil tindakan.   Kenapa pula Menteri yang menjadi ahli politik hendak masuk campur urusan dalaman Polis? Very strange behaviour. 

Kenyataan Ketua Polis Johor Dato Ayob Khan pula jelas tidak percaya jabatan tertentu di Bukit Aman. Ayob Khan tidak mahu kongsi maklumat rahsia dengan ibupejabat Polis di Bukit Aman. 

Jadi tuan-tuan semua ini sudah kita melihat dan dengar dalam TV, video YouTube dan melalui media sosial Facebook dsbnya.  

Jelas bahawa sedang berlaku "persengketaan secara terbuka" antara IGP, beberapa pegawai Polis pangkat tinggi seperti Ketua Polis Johor berlawan dengan kartel atau kumpulan Polis jahat yang bersekongkol dengan sindiket jenayah.

Dan berita terkini berkenaan penangkapan seorang bekas pegawai Polis atas tuduhan membocorkan senarai palsu nama pegawai Polis yang terlibat jenayah sindiket hanya menambahkan lagi keraguan dan kepincangan umum (public perception) mengenai Polis Di Raja Malaysia. 

Dari sudut mana pun pihak Polis menghadapi masalah imej mereka makin tercemar.

Masalah ini tidak terjadi dalam sehari atau seminggu. Sejak berapa banyak tahun yang sudah pegawai Polis sering terlibat jenayah rasuah, kartel penyeludupan manusia, Polis terlibat samun orang, Polis hilangkan dadah dalam simpanan bilik evidence dan banyak lagi kes yang kita telah baca semuanya dalam akhbar.

YAB Perdana Menteri harus ambil berat masalah serius ini kerana masyarakat umum makin fed up dengan angkara Polis yang terlibat dalam pelbagai jenis jenayah. Kenyataan IGP dan Ketua Polis Johor hanya confirmkan apa yang umum sedia faham. The Police are dirty.    

Akhir sekali kerajaan YAB Perdana Menteri yang akan memikul beban kemarahan orang ramai. YAB Perdana Menteri boleh kalah undi pilihanraya atas sebab Menteri lalai atau pegawai tertentu bersubahat dengan pegawai Polis yang jahat. 

Tan Sri IGP kata 'mereka membawa duit dari bawah ke atas, sampai ke IGP'.  People are watching all this.  

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.