`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 12, 2021

Beri kami peluang bertanding, tawar kerusi boleh menang, rayu MIC

 

SA Vigneswaran berkata MIC terbuka untuk bertanding di kawasan tradisional atau kawasan baharu, berdasarkan keperluan politik semasa. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: MIC merayu untuk diberikan peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan ditawarkan kerusi boleh menang.

Dalam ucapan dasar ketika Mesyuarat Agung Tahunan ke-75 MIC pagi tadi, Presiden SA Vigneswaran meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi untuk memperuntukkan kerusi boleh menang secara adil dan sewajarnya.

“MIC terbuka untuk bertanding di kawasan tradisional atau kawasan baharu, berdasarkan keperluan politik semasa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka diberikan kawasan Parlimen atau kerusi DUN di mana mereka mempunyai peluang untuk bertanding.

Vigneswaran turut menggesa BN memperuntukkan kerusi secepat mungkin supaya parti komponen boleh melantik penyelaras bagi memulakan persediaan menghadapi pilihan raya.

Pemimpin BN yang hadir pada mesyuarat agung itu termasuk Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Bendahari Agungnya Hishammuddin Hussein, dan timbalan presiden MCA Mah Hang Soon.

Tambah Vickneswaran, beliau yakin MIC mampu memenangi semula kerusi parlimen yang tewas pada pilihan raya sebelum ini jika diberi peluang sepenuhnya.

Beliau juga berkata kredibiliti parti yang semakin pudar dalam kalangan pengundi India bukan hanya akibat fitnah pembangkang, tetapi juga disebabkan “perang dingin” dengan “rakan parti dalam BN”.

Beliau menyeru Pengerusi BN untuk memastikan “rakan” ini tidak dibenarkan bertanding di kerusi MIC, sambil mempersoal keupayaan mereka untuk memenangi undi bagi gabungan itu.

“Selain persahabatan, apa lagi yang mereka bawa ke meja (gabungan)?”

Zahid, sebagai respon kepada rayuan Vickneswaran, berjanji menawarkan MIC “peluang bertanding”, sambil menambah beliau akan memutuskan agihan kerusi dalam tempoh dua minggu akan datang.

Dalam ucapan perasmiannya, Zahid berkata parti komponen BN mesti mengetepikan isu antara dan dalam parti selain perbezaan agama dan kaum untuk menarik pengundi kali pertama mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita mesti buktikan bahawa BN lebih baik daripada apa yang kita ada sebelum ini,” tambahnya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa “rakan parti BN” itu tidak akan bertanding di kerusi MIC. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.