`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 19, 2021

Polis bersiap sedia, air di Empangan Klang Gate dilepas secara berperingkat

 

Polis berkata pelaksanaan proses melepaskan air empangan itu dilaksanakan secara berhati-hati mengikut prosedur ditetapkan dan meminta orang ramai untuk tidak panik. (Gambar Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Ampang)

PETALING JAYA: Polis Daerah Ampang Jaya bersiap sedia untuk berdepan segala kemungkinan susulan pelepasan air dari Empangan Klang Gate, Hulu Kelang yang dilaporkan telah melepasi tahap bahaya.

Sehingga kini, sebanyak 25% daripada air di empangan berkenaan telah dilepaskan secara berperingkat.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak, pihaknya mempunyai kekuatan seramai lima pegawai dan 32 anggota dari Balai Polis Melawati, Balai Polis Hulu Kelang, Balai Polis Ampang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Semua pegawai dan anggota itu akan terbabit dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya di Taman Melawati dan kawasan berhampiran,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, proses pertama pelepasan air dilakukan pada 11.50 malam.

“Berikutan itu, saya meminta orang ramai untuk tidak panik dan pelaksanaan proses melepaskan air empangan dilaksanakan secara berhati-hati mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, semua pegawai dan anggota akan segera dikerahkan pada bila-bila masa untuk bantuan kepada orang ramai khususnya penduduk di kawasan pentadbiran IPD Ampang Jaya sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Saya ingin menegaskan bahawa nyawa dan keselamatan diri serta keluarga anda menjadi keutamaan kami berbanding dokumen penting dan harta benda yang mungkin rosak akibat bencana,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.