`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 31, 2022

Dilaporkan hilang dari sekolah, Sofia Raniya ditemui selamat

 

Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar berkata, kanak-kanak itu ditemui di Bandar Tun Razak, Cheras.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun yang tular di media sosial kerana dipercayai hilang dari sekolah di sini petang tadi, ditemui selamat.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Muhammad Idzam berkata kanak-kanak itu ditemui di Bandar Tun Razak, Cheras.

Ketika ini, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sedang mengambil keterangan ibu kanak-kanak itu,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan Sofia Raniya yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1, Cheras, selepas ibunya tidak menemui kanak-kanak itu di sekolah semasa mahu mengambilnya petang ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.