`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 31, 2022

Gaji minimum: Menteri ingatkan peniaga jangan naik harga barang

 

Alexander Nanta Linggi berkata, KPDNHEP turut menjalankan pemantauan ke atas harga barang menjelang pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 yang akan bermula 1 Mei ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan susulan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya turut menjalankan pemantauan berhubung perkara itu.

“Sebab itu saya juga sebelum ini pernah membuat rayuan, lebih-lebih lagi kepada peniaga supaya jangan ambil kesempatan apabila kadar gaji minimum dilaksanakan kerana memikirkan kononnya pengguna sudah ada gaji yang besar daripada sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan peraduan “Beli dan Menang RM1 Juta” di cawangan KK Super Mart Maju Link, Bandar Tasik Selatan dan merasmikan K3 Coffee Lab cawangan pertama milik KK Mart di sini, hari ini.

Pada 19 Mac lepas, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelulusan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini.

Terdahulu, Nanta dalam ucapannya berkata, pelaksanaan program seperti Program Jualan Malaysia (PJM), Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) akan diteruskan sepanjang Ramadan ini, khusus untuk membantu rakyat menangani isu kos sara hidup.

Katanya, KPDNHEP sentiasa menyokong usaha dilaksanakan pihak industri peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.