`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 30, 2022

Rodziah cabar Fadhlina jawatan ketua Wanita PKR, kata sumber

 

Rodziah Ismail mengatakan masih terlalu awal untuk mengumumkan perkara itu manakala Fadhlina Siddiq dijangka membuat pengumuman esok.

PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR Selangor Rodziah Ismail akan mencabar Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita PKR, Fadhlina Siddiq dalam persaingan merebut jawatan ketua Wanita menerusi pemilihan parti itu Mei ini.

Menurut sumber, mereka sudah memutuskan perkara itu dan pengumuman akan dibuat kelak.

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan persaingan dua pasukan diketuai calon timbalan presiden iaitu Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail.

“Mereka akan bertanding ketua Wanita di bawah pasukan Rafizi dan Saifuddin,” katanya kepada FMT.

Difahamkan, Rodziah akan bersama pasukan Rafizi manakala Fadhlina pula menyertai Saifuddin.

Sementara itu, Rodziah ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu berkata, “ia masih terlalu awal untuk diumumkan dan akan dimaklumkan kelak”.

Manakala menurut sumber, Fadhlina pula dijangka membuat pengumuman mengenai perkara itu esok.

Untuk rekod, Rodziah pernah bertanding jawatan ketua sayap utama parti itu pada pemilihan PKR 2014, namun tewas kepada pencabarnya Zuraida Kamaruddin.

Pada pemilihan PKR 2018, Rodziah bertanding jawatan timbalan ketua Wanita PKR tetapi kalah kepada pesaingnya Daroyah Alwi.

Bagaimanapun, beliau dilantik ketua Wanita PKR Selangor menggantikan Daroyah, selepas ADUN Sementa itu mengumumkan meletakkan semua jawatan dan keluar parti apabila hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim pada Jun 2020.

Pemilihan parti bagi penggal 2022-2025 akan berlangsung dari 13 hingga 18 Mei. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.