`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 31, 2022

Makanan kafe IPT naik mendadak, kumpulan pelajar gesa kerajaan campur tangan

 

Tinjauan kumpulan pelajar mendapati majoriti mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) terkesan disebabkan kenaikan harga makanan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Satu kumpulan pelajar mencadangkan agar kerajaan memberikan subsidi kepada pengusaha kafe di universiti seluruh negara susulan peningkatan mendadak harga makanan sekembalinya mahasiswa ke kampus awal bulan ini.

Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Nazmi Rahim berkata hasil tinjauan pihaknya mendapati majoriti mahasiswa terkesan disebabkan kenaikan harga makanan.

“PKPIM berpandangan perkara ini terjadi disebabkan peningkatan harga bekalan mentah di pasaran seperti ayam, telur, minyak dan roti yang secara tidak langsung memberi kesan kepada peniaga khusus di universiti.

“PKPIM mengesyorkan pemberian subsidi kepada pengusaha kafe di universiti supaya kenaikan harga barangan mentah tidak mempengaruhi harga makanan di universiti,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau meminta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berganding dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mencari kaedah terbaik bagi mengatasi kenaikan harga makanan di IPT seluruh negara.

Sebagai langkah menangani perkara itu, katanya, PKPIM akan menggerakkan edaran makanan berbuka dan kit Ramadan kepada mahasiswa yang memerlukan pada tahun ini.

“PKPIM bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kebajikan mahasiswa terus terjaga,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.