`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 31, 2022

Disyaki jadi tekong darat, wanita ditahan bawa 9 PATI

 

Pendatang asing tanpa izin warga Myanmar berhimpit dalam MPV yang dipandu seorang wanita. (Gambar PGA)

PETALING JAYA: Seorang wanita dipercayai tekong darat ditahan kerana menyeludup sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar semalam.

Semua warga asing berusia 21 hingga 48 tahun itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV), selepas disyaki memasuki sempadan di kawasan Kampung Maskura di Tanah Merah, Kelantan, secara haram.

Anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am menahan kenderaan dipandu wanita berusia 27 tahun itu di Kampung Panglima Bayu pada 7 pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Medan, Azhari Nusi berkata, hasil pemeriksaan mendapati wanita itu membawa lima lelaki dan empat wanita warga Myanmar tanpa dokumen perjalanan sah.

“Kami menahan pemandu yang berasal dari Parit Buntar, Perak itu dan sembilan warga asing berkenaan,” katanya dipetik Berita Harian.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam perkembangan lain, Azhari berkata, 20 PATI warga Myanmar ditahan di dua lokasi berasingan di Rantau Panjang dekat Tanah Merah malam tadi.

Katanya, 17 daripada PATI itu ialah remaja berusia 14 hingga 18 tahun dan tiga lagi kanak-kanak berusia 12 tahun, yang dipercayai dibawa masuk menerusi pangkalan haram untuk bekerja di Lembah Klang.

Beliau berkata, seorang tekong darat yang juga warga Myanmar menyumbat lapan PATI itu dalam Perodua Myvi dan mereka ditahan di Kampung Kedap pada 7.30 malam tadi.

“Seramai 11 lagi ditemui dalam belukar di Kampung Tok Deh Darat dan dipercayai baru masuk ke negara ini melalui Pangkalan Haram Kertas.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.