`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 31, 2022

Juruterbang pelatih cedera ringan, pesawat tergelincir dari landasan

 

Kejadian melibatkan sebuah pesawat latihan komersial jenis Diamond-14 yang tergelincir dari landasan ketika sedang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, malam ini. (Gambar Facebook)

LANGKAWI: Seorang juruterbang pelatih wanita cedera ringan selepas pesawat latihan dikendalikannya, tergelincir dari landasan ketika sedang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah Sayani Saidon, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.15 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi ke tempat kejadian.

“Kejadian melibatkan sebuah pesawat latihan komersial (swasta) jenis Diamond-14 yang tergelincir dari landasan dan menyebabkan mangsa berumur 28 tahun, mengalami kecederaan ringan di bahagian pinggang dan lutut di kedua-dua bahagian kaki.

“Mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.