`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 31, 2022

Waspada, Macau Scam hantar gambar waran tangkap takutkan mangsa

 

Pengarah JSJK Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din, berkata waran tangkap hanya akan ditunjukkan secara fizikal ketika tangkapan dibuat terhadap individu berkaitan.

PETALING JAYA: Polis mengesan sindiket penipuan Macau Scam menggunakan taktik baharu menghantar gambar didakwa waran tangkap bagi menakutkan mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din, berkata mangsa biasanya akan menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang mendakwa pegawai polis, mahkamah atau seumpamanya.

“Ia sebahagian modus operandi sindiket untuk memperdayakan dan menipu mangsa. Bagi menyempurnakan waran tangkap, polis tidak akan menghantar gambar dokumen itu kepada individu terbabit.

“Waran itu hanya akan ditunjukkan secara fizikal ketika tangkapan dibuat terhadap individu berkaitan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai tidak mudah mempercayai dakwaan individu tidak dikenali yang mengaitkan mereka dengan kes jenayah.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai yang menerima panggilan meragukan dinasihatkan membuat semakan dengan polis bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.”

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Respons Penipuan JSJK di talian 03 26101559 atau 03 26101599. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.