`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 11, 2022

4 maut, 1 parah dalam nahas di NKVE

 

Keadaan kereta Wira Aeroback selepas pelanggaran di susur keluar dari arah Subang Jaya menghala Kelana Jaya di Lebuhraya NKVE. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Empat maut dan seorang parah dalam pertembungan dua kereta di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada awal pagi tadi.

Kemalangan maut yang membabitkan Proton Wira dan Wira Aeroback itu berlaku di susur keluar dari arah Subang Jaya menghala Kelana Jaya di Lebuhraya NKVE pada 4.11 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis dipetik China Press sebagai berkata, mangsa korban terdiri daripada dua wanita dan dua lelaki.

Manakala seorang lelaki yang parah pula dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, semua mangsa korban dan parah itu berusia 27 hingga 30 tahun.

“Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang parah diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Bernama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.