`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 29, 2022

Umno Sudah Retak Menanti Belah

 

M Sivaraman, Malaysia Now

Mendengar pendedahan demi pendedahan mengenai hal ehwal dalaman Umno terlontar keluar dari mulut Tajuddin Abdul Rahman, ahli Parlimen Pasir Salak yang digugurkan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, sedikit sebanyak semestinya menghadirkan rasa teruja kepada parti lawan.

Jika selama ini, pimpinan parti Melayu terbesar itu mudah menepis serangan daripada parti pembangkang yang biasanya dirujuk mereka sebagai tohmahan, dakyah atau fitnah, kenyataan dikeluarkan ahli Parlimen Umno sendiri dari Pasir Salak itu pastinya sukar diketepikan begitu sahaja.

Tajuddin Rahman dedah apa yang semua orang sudah tahu

Dari sidang media Tajuddin, dapatlah kita rumuskan bahawa pemimpin-pemimpin kanan Umno sebenarnya “berlagak” suci hanya di hadapan rakyat, sedangkan di belakang kita, mereka hanya pentingkan kuasa, lebih dahulukan kepentingan peribadi daripada rakyat jelata.

Tajuddin sudah masak dengan sepak terajang dan asam garam dunia politik, sudah bersama Umno selama lebih 50 tahun, maka apa yang diperkatakannya sudah tentu menjadikan mata rakyat kini lebih terbuka.

Jika tidak keseluruhan, pastinya sebahagian rakyat amnya dan pengundi khususnya, tahu parti mana perlu dipilih mereka apabila tiba Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, sama ada tahun ini atau selewat-lewatnya September tahun depan.

Jika PRU15 diadakan lebih awal atau dalam tahun ini juga, parti-parti pembangkang mempunyai potensi untuk mencipta skrip yang berbeza daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini yang menyaksikan keputusan tidak memihak kepada mereka.

Ditambah pula dengan isu kos sara hidup yang membebankan dan harga barang yang meningkat dengan mendadak, Umno dan Barisan Nasional (BN) bakal berdepan gelombang kemarahan rakyat yang mungkin memberikan mandat memerintah negara kepada parti lain pula.

Zahid Hamidi mahu Anwar Ibrahim ganti Ismail Sabri Yaakob sebagai PM

Cuma persoalannya, adakah Pakatan Harapan (PH) dianggotai PKR, DAP, Amanah dan Upko boleh menumbangkan Umno-BN dengan upaya sendiri?

Ia satu kemungkinan, namun jawapan lebih jelas adalah peluang itu lebih besar jika parti-parti lawan Umno-BN bekerjasama seperti yang sudah dibuktikan pada PRU14 yang lalu.

PH perlu terbuka kepada kemungkinan itu demi menutup sebarang ruang keselesaan buat Umno-BN, demi memastikan keputusan PRN Melaka dan Johor tidak berulang dan demi menjamin tidak lagi menanggung kekalahan besar serta memalukan.

Ketika retak dalam Umno semakin meluas yang mungkin mengambil masa untuk sembuh, PH dan parti-parti lawan perlu menggunakan sepenuhnya peluang yang ada dengan kembali berunding untuk membentuk gabungan baharu yang lebih kukuh dan kuat.

Ketepikan perbezaan dan perselisihan lampau, letakkan agenda negara sebagai keutamaan dalam persepakatan, bukannya agenda parti masing-masing dan tentu sekali, tidak mencipta apa pun prasyarat untuk menghalalkan kerjasama yang tujuannya adalah demi rakyat.

Umno tidak ada pemimpin lain yang boleh ganti Ismail Sabri sebagai PM

Percayalah, PH dan blok bukan Umno-BN “tidak akan kemana” jika agenda parti dijadikan perkara utama kerana itu adalah realiti politik di Malaysia.

Berundinglah secara ikhlas, guna pendekatan letak ke tepi kepentingan tunggal parti masing-masing.

Realitinya, kerjasama sedemikian sudah berjaya mencipta kejayaan.

Ia tercipta apabila semua parti lawan Umno-BN bersatu dalam PH untuk membentuk satu blok yang kuat pada 2018, begitu juga jatuhnya kerajaan PH apabila Umno-BN membentuk pula kerjasama dengan PAS dan Bersatu, dua tahun kemudian.

Ini realiti politik di Malaysia, sukar mendapat kuasa jika bergerak sendirian, sebaliknya perpaduan perlu menjadi resipi paling ke hadapan.

Itu yang berlaku ketika parti-parti pembangkang membentuk Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif sehinggalah kepada Pakatan Rakyat dan terbaru, PH.

Jika payah benar untuk bersatu dalam gabungan yang sama, PH dan parti-parti lawan Umno-BN boleh mencari dan membentuk mekanisme baharu kerana “satu lawan satu” bukanlah ubat mujarab untuk mengulangi kejutan yang dicipta pada 2018.

Jika masing-masing terus dengan ego sendiri, rakyat sendiri akan bosan dan mungkin tidak akan terus memberi sokongan lagi.

Pembangkang harus rapatkan saf ketika Umno ‘retak menunggu belah’


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.