`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 29, 2022

Masalah dalaman Umno beri kesan kepada ekonomi, kata badan pemikir

 

Spekulasi semakin hangat mengenai keretakan dalam Umno antara mereka yang sealiran dengan Ismail Sabri Yaakob dan mereka di pihak presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.

PETALING JAYA: Sebuah badan pemikir menggesa supaya pilihan raya umum akan datang (PRU15) disegerakan dengan berkata, perbalahan dalaman Umno memberi kesan kepada ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito berkata, ketidakstabilan dalam Umno – parti Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob – kelihatan mengalihkan perhatian daripada usaha menyelesaikan masalah ekonomi.

Beliau percaya pusingan U kerajaan baru-baru ini berhubung harga siling ayam mungkin didorong oleh kebimbangan ia boleh menjejaskan populariti pemimpin Umno dalam kerajaan.

Spekulasi semakin hangat mengenai keretakan dalam Umno antara mereka yang sealiran dengan Ismail, dan mereka di pihak presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak yang menyokong PRU15 diadakan segera.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Terdahulu, Ismail berkata, beliau akan “menunggu masa yang sesuai” untuk mengadakan pilihan raya, merujuk kepada kenaikan harga makanan dan kos sara hidup lain.

Carmelo Ferlito.

Ferlito berkata, pelabur dan pasaran bimbang tentang perbalahan dalam Umno kerana ia adalah parti perdana menteri dan parti yang berkemungkinan besar menerajui kerajaan selepas PRU15.

Katanya, keadaan itu diburukkan lagi dengan ketiadaan majoriti kukuh di Parlimen.

“Kita perlukan kerajaan yang mempunyai majoriti jelas,” katanya kepada FMT.

“Sehingga itu berlaku, saya khuatir bahawa semua keputusan berhubung dasar akan cenderung untuk menggembirakan rakyat berbanding melakukan perkara yang mesti dilakukan.

“Menangguhkan PRU bermakna meningkatkan risiko lebih banyak langkah populis diambil, yang mungkin tidak bagus untuk ekonomi.”

Barjoyai Bardai.

Seorang lagi pakar ekonomi, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak juga berkata, perbalahan dalaman Umno akan menjejaskan ekonomi kerana pelabur dan penganalisis bimbang tentang ketidakstabilan politik.

Bagaimanapun beliau tidak fikir PRU15 akan membantu menyelesaikan masalah ekonomi negara.

“Ekonomi kita memerlukan penetapan semula,” katanya kepada FMT.

“Kita ada masalah struktur utama. Tetapi tiada kerajaan boleh melaksanakan perubahan drastik tanpa majoriti kukuh.

“Pada ketika ini, saya tidak nampak mana-mana parti mempunyai majoriti kukuh selepas PRU15. Jadi saya tidak nampak bagaimana PRU lebih awal boleh menyelesaikan masalah ekonomi yang kita hadapi.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.