`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 29, 2022

Waspada tawaran visa furada, elak terpedaya pakej haji palsu

 

Promosi berkaitan visa furada semakin rancak di media sosial dengan menjanjikan bahawa bakal jemaah haji bakal berlepas pada 5 Julai ini sedangkan Arab Saudi menetapkan penerbangan terakhir bagi haji ialah 4 Julai. (Gambar AP)

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya lebih teliti dan berhati-hati sebelum menggunakan khidmat mana-mana pihak yang menawarkan visa furada bagi menunaikan ibadah haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, ini bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pakej haji palsu.

“Visa furada adalah visa yang tidak berkaitan dengan Tabung Haji (TH). Kita harapkan biar ‘verify’ (sahkan) elok-elok. Kita tak mahu nanti apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, bebannya diletakkan pada TH.

“Sebab itu kita harapkan supaya apa sekalipun, pastikan visa itu memang tulen dan ada penerbangan dan penginapan di sana. Itu yang kita harapkan kepada mereka kalau ditawarkan visa furada ini,” katanya kepada Bernama.

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa melibatkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Bernama sebelum ini melaporkan hasil tinjauan menerusi media sosial mendapati promosi berkaitan visa furada semakin rancak dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menjanjikan bahawa bakal jemaah bakal berlepas pada 5 Julai ini.

Promosi itu agak meragukan kerana Arab Saudi menetapkan penerbangan terakhir bagi ibadah haji pada 4 Julai, apatah lagi ia semakin hampir dengan Hari Wukuf.

Pakej yang ditawarkan bermula daripada RM38,000 hingga RM56,000 dengan bayaran pendahuluan RM15,000 untuk urusan visa di Kedutaan Arab Saudi.

Meskipun meminta deposit, pelanggan dimaklumkan bahawa peluang ke Tanah Suci hanyalah 50-50, dan sekiranya gagal, wang akan dikembalikan dalam tempoh yang tidak dapat dipastikan atau pemohon boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa berdasarkan resit yang diberikan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.