`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 29, 2022

5,000 dijangka hadir Konvensyen BN Sabah Sabtu ini

 

Konvensyen BN Sabah Sabtu ini akan membincangkan isu relevan untuk memperkasakan perjuangan parti selain mengatur persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Bung Moktar Radin.

KOTA KINABALU: Seramai 5,000 peserta dijangka menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah 2022 yang akan diadakan di Penampang Sabtu ini, kata Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin.

Timbalan ketua menteri Sabah itu juga berkata, konvensyen tersebut akan menjadi medan memperkukuhkan solidariti parti itu khususnya di Sabah dan menjadi saksi betapa kukuhnya kesepakatan gabungan BN yang memberi sumbangan besar kepada pembentukan kerajaan negeri.

Katanya, walaupun BN hanya mempunyai empat parti komponen, iaitu Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, semua parti itu amat diperlukan. Justeru BN perlu mengambil pendekatan merapatkan barisan kepimpinan dan menyatukan jentera semua peringkat sebelum berdepan pilihan raya umum (PRU).

“Konvensyen ini berkemungkinan menjadi pertemuan terakhir ahli-ahli parti sebelum menghadapi pilihan raya yang disifatkan paling sengit dalam sejarah PRU di Malaysia. Justeru ahli-ahli BN khususnya peserta yang hadir ke konvensyen ini perlu memanfaatkan pertemuan ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Bincangkan isu-isu yang relevan untuk memperkasakan perjuangan parti serta melihat secara jujur segala rencana dan pelan BN dalam mengatur persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya menerusi kenyataan.

Bung Moktar yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dijadual merasmikan majlis penutup konvensyen itu pada hari sama dan turut dijadualkan hadir ialah Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan.

Beliau berkata, antara program konvensyen itu ialah Bicara Seorang Negarawan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat BN Najib Razak yang juga bekas perdana menteri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.