PETALING JAYA: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di dua negeri hingga 1 tengahari, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan dimuat naik di Twitter memaklumkan ia membabitkan Perak dan Selangor.
Di Perak ia meliputi kawasan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Sementara itu, di Selangor membabitkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.