`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, June 21, 2022

DNB bawah Kementerian Kewangan, Annuar jawab timbalannya

 

Dalam sidang media hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berkata, beliau tidak dimaklumkan berhubung perkembangan DNB bagi pelaksanaan teknologi internet 5G di Malaysia. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa menjelaskan bahawa projek Digital Nasional Berhad (DNB) yang sebelum ini dipertikai oleh timbalannya, adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

“Betul lah tu, DNB masih bawah MOF (Kementerian Kewangan),” katanya kepada FMT.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zahidi Zainul Abidin bahawa beliau tidak dimaklumkan berhubung perkembangan DNB bagi pelaksanaan teknologi internet 5G di Malaysia.

Dalam sidang media hari ini, Zahidi berkata, beliau hanya menghadiri satu sesi taklimat dan tidak terlibat dengan mesyuarat berkaitan DNB.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sebelum itu, Zahidi turut menerima memorandum dari pemuda Umno yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terperinci terhadap DNB bagi memastikan tadbir urus yang baik dan ketelusan dalam pelancaran 5G bagi mengelakkan skandal kewangan yang besar.

Zahidi juga bersetuju bahawa DNB tidak memperkasakan Bumiputera, kerana tiada anak tempatan yang menjadi pegawai tertinggi.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan perkembangan projek tersebut yang kini telah mencecah RM30 bilion.

“Isu dari segi 5G tidak ada perkembangan. Bukan sahaja rakyat cakap, tapi pihak luar negara pun berkata perkara sama.

“Pelabur pun nak tahu perkembangan kerana mereka belanja cukup besar tapi tidak tahu apa hendak dilakukan,” kata Zahidi yang menambah DNB turut dilihat mahu memonopoli penyediaan perkhidmatan 5G di Malaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.