`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 13, 2022

Lebih 60 kolam, tasik di Selangor berpotensi jadi kolam takungan tambahan hadapi kemarau

 

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas) Hasrolnizam Shaari berkata, 21 kolam telah diluluskan kerajaan negeri untuk diluas dan dilebarkan bagi menambah kapasiti takungan (Gambar LUAS)

KUALA LUMPUR: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) telah mengenal pasti lebih 60 kolam dan tasik di seluruh lembangan di negeri itu, yang berpotensi dijadikan kolam takungan tambahan sebagai persediaan jangka panjang bagi menghadapi kemarau yang dijangka berlaku pada 2025.

Pengarahnya Hasrolnizam Shaari berkata daripada jumlah itu, 21 kolam telah diluluskan kerajaan negeri untuk diluas dan dilebarkan bagi menambah kapasiti takungan.

“Pada peringkat pertama, kesemua lebih 60 kolam dan tasik yang dikenal pasti ini telah kita kemas kini maklumatnya, termasuk status tanah dan kebolehgunaannya.

“Kemudian kita telah mendapat kelulusan dari kerajaan negeri untuk 21 kolam disiap siagakan menjadi kolam tambahan, dengan mendalam dan melebarkannya di mana pembinaannya akan dilaksanakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor iaitu Kumpulan Semester Sdn Bhd,” katanya ketika menjadi tetamu program Koresponden Bernama terbitan Bernama TV bertajuk “Air Di Selangor: Persediaan Menghadapi Kemarau” hari ini.

Dalam masa sama, Hasrolnizam berkata pihaknya turut membina infrastruktur lain bagi memastikan air takungan dari kolam berkenaan, dapat disalurkan ke loji rawatan air antaranya dengan pendekatan mengepam air sebelum disalirkan ke sungai.

Hasrolnizam berkata dalam pengurusan sumber air yang lebih baik, Luas juga telah membangunkan aplikasi yang boleh merekodkan jumlah air sedia ada secara masa nyata, sebagai persediaan untuk melepaskan air untuk digunakan.

Terdahulu, beliau berkata bekalan air di Lembah Klang mampu bertahan selama lapan bulan sekiranya berlaku kemarau pada 2025.

“Ketika ini seluruh penduduk di Lembah Klang termasuk Putrajaya dan Kuala Lumpur meliputi 6.5 juta penduduk mendapat bekalan air terawat dari negeri Selangor, dengan jumlah penggunaan harian 500 juta liter. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.