`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 8, 2022

Macamlah kita tak tahu matlamatnya

 

Pihak dalam Umno yang mahu PRU15 diadakan segera mendakwa ia perlu untuk mewujudkan kestabilan politik. Demi rakyat. Pihak yang mahu melengahkan PRU15 mendakwa banyak tugas yang masih perlu dilakukan. Demi rakyat.

Sebenarnya matlamat sama ada pilihan raya umum diadakan segera atau lewat ialah kemenangan parti dan menjaga kedudukan politikus. Kita tak perlu jadi pemegang ijazah sains politik untuk tahu itu.

Menurut demokrasi negara ini tarikh pilihan raya tidak ditetapkan terlebih dahulu. Tidak seperti AS mahupun Indonesia umpamanya yang pilihan raya ditetapkan awal-awal dan tarikh tidak akan diubah. Maknanya semua orang tahu bila hari mereka akan keluar mengundi. Tidak ada suspen, tidak ada terperanjat, tidak ada terkejut.

Di negara tercinta ini seperti kita tahu waktu bila pilihan raya umum diadakan itu ditentukan oleh parti memerintah khususnya perdana menteri. Amalan “demokrasi” yang pelik kerana ia memberi kelebihan kepada pihak yang memerintah. Lupakan ‘level playing field’.

Oleh itu, perdana menteri Malaysia (melainkan PM ke-7 kerana Pakatan Harapan tidak sempat memanggil PRU) akan memilih waktu pilihan raya yang paling afdal untuk partinya, berdasarkan 1) keadaan pembangkang dan 2) keadaan negara serta “mood” baca pengundi.

Begitu juga Ismail Sabri Yaakob. Itulah perkiraannya.

Kelompok dalam Umno yang mahu beliau segerakan PRU15 memberitahu beliau masanya ialah sekarang kerana pembangkang sedang kucar kacir dan lintang pukang, manakala Umno-BN sedang ada “momentum” yang mendaki sejak kemenangan PRN Johor dan Melaka tidak beberapa lama dahulu.

Kalau dilihat keadaan parti pembangkang sekarang, memang betul kata kelompok Umno yang mahu PRU diadakan segera. Kesepakatan pembangkang yang ditunjukkan sebelum PRU14 empat tahun lalu sudah hilang. Yang ada parti pembangkang tidak sekata. Masing-masing ada rancangan sendiri untuk menghadapi PRU15.

Anwar Ibrahim, presiden PKR, mahu wujudkan gabungan parti pembangkang bawah satu “khemah besar”. DAP dan Amanah setuju. Tetapi Rafizi Ramli yang baru-baru ini menang pertandingan jawatan timbalan presiden PKR mempunyai pandangan berbeza. Beliau seolah-olah mahu PH berentap PRU15 secara solo.

Pengasas Pejuang, Mahathir Mohamad, pula menegaskan partinya tidak akan menyertai “khemah besar” jika ia dipimpin Anwar atau Muhyiddin Yassin.

Muda, pimpinan Syed Saddiq, kini masih samar-samar. Ke sana tidak ke sini pun tidak. Begitu juga Warisan. Tetapi pemimpinnya Shafie Apdal dikatakan akan berbincang dengan DAP.

Oleh kerana politik serba berkemungkinan, apa-apa pun boleh berlaku. Namun berdasarkan keadaan masa kini, pembangkang sedang dalam keadaan ‘haru biru’. Oleh itu bagi kelompok Umno yang mahu PRU15 segera diadakan keadaan lemah pembangkang mesti dieksplotasi.

Serang dan kalahkan mereka sekarang, bak kata mereka “jangan tunggu mereka kuat semula”. Strategi yang logik. Serang musuh tatkala musuh lemah. Mustahil Ismail tidak tahu akan semua ini. Namun beliau mesti ambil kira faktor kedua yang disebut tadi yakni keadaan negara dan “mood” pengundi.

Kes Covid-19 sudah berkurangan dan wabak ini agak terkawal. Tetapi sekarang harga barangan naik. Harga makanan naik bukan sahaja untuk manusia bahkan haiwan. Minyak masak mahal dan bekalan kurang. Bekalan ayam masih masalah besar. Langkah kerajaan melarang ayam dieksport ke Singapura dan meletakkan harga siling ayam hanya sebahagian penyelesaian. Yang pasti penternak ayam rasa tercengkam.

Kos sara hidup melambung. Hampir setiap kos barangan dan perkhidmatan melonjak. Negara dikatakan akan menghadapi krisis makanan (ini dinafikan kerajaan). Nilai mata wang negara masih rendah. Kerajaan berura-ura memperkenalkan semula GST.

Hakikatnya rakyat tertekan. Ramai yang derita. Paling tidak pun, sedang susah. Maka jika PRU diadakan dalam keadaan sebegini padah buat kerajaan. Ismail tahu ini semua. Malah ketika ditemuramah oleh penerbitan perniagaan Nikkei tempoh hari di Tokyo, Ismail dipetik berkata “kami sedang menghadapi keadaan inflasi yang meningkat dengan harga barangan tinggi. Adakah anda ingat ini waktu sesuai untuk pilihan raya diadakan?”

orang partinya yang melaungkan “Bubar Parlimen, Bubar Parlimen”. Dalam ucapannya, beliau berjanji tidak akan melengahkan “walau sesaat” untuk adakan PRU15 jika BN benar-benar sudah bersedia.

Janji atau ‘ikrar’ itu disambut dengan laungan dan tepukan gemuruh. Bagi saya tindak balas yang aneh. Kerana ini bukan kali pertama Ismail berkata demikian. Pada ucapannya di Perhimpunan Agung Umno Mac lalu, beliau juga berjanji tidak akan lengahkan pilihan raya jika Umno sudah bersedia.

Ada pemerhati dan penganalisis politik beranggapan Ismail akan tunduk kepada desakan kelompok Umno yang mahu PRU15 diadakan segera. Kelompok ini diketuai Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, dan Najib Razak, bekas presiden parti. Jika anggapan itu benar, mengapa Ismail akur dengan desakan atau tekanan itu? Bukankah beliau tahu waktu inflasi bukan waktu sesuai untuk diadakan pilihan raya?

Satu lagi persoalannya. Tidakkah kelompok yang ghairah dengan PRU15 mengambil kira sentimen rakyat yang sedang tertekan akibat bermacam masalah? Tentu mereka tahu akan “food security”, harga makanan mahal dan sebaginya. Tentu mereka tahu tidak ada “feel good feeling” dalam kalangan rakyat dewasa ini.

Apa pun, realitinya, masalah yang rakyat berdepan sekarang tidak mungkin hilang pada waktu terdekat. Malah ia dijangka mengambil masa. Ertinya jika PRU15 diadakan segera ia akan berlangsung pada ketika rakyat dalam kesempitan. Kemarahan akan diterjemahkan di peti undi. Persoalan cuma ialah tahap kemarahan itu.

Kesusahan mencetuskan kemarahan yang akan ditujukan kepada kerajaan pimpinan Ismail yang akan dituduh mahu berpolitik dengan mengadakan pilihan raya – pada hal yang penting ialah usaha mengatasi masalah yang melanda. Beberapa langkah yang disifatkan ‘populis’ yang diambil kerajaan tidak mencukupi.

tamat tempoh kerajaan pada Julai 2023? - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.